Islamic Widget

itu aki

Thursday, September 30, 2010

Hakikat Cinta

Tolong sampaikan pada si dia…

Tolong beritahu si dia,
aku ada pesanan buatnya.

Tolong beritahu si dia,
cinta agung adalah cintaNya..

Tolong beritahu si dia,
cinta manusia bakal membuatnya alpa..

Tolong nasihati si dia,
jgn menyintaiku lbh dr dia menyintai Yang Maha Esa..

Tolong nasihati si dia,
jgn mengingatiku lbh dr dia mengingati Yang Maha Kuasa..

Tolong nasihati si dia,
jgn mendoakanku lbh dr dia mendoakan ibu bapanya..

Tolong katakan pada si dia,
dahulukan Allah krn di situ ada syurga..

Tolong katakan pada si dia,
dahulukan ibu bapanya krn ditelapak itu syurganya..

Tolong ingatkan si dia,
aku terpikat kerana imannya bukan rupa..

Tolong ingatkan si dia,
aku lebih cintakan zuhudnya bukan harta..

Tolong ingatkan si dia,
aku kasihinya kerana santunnya..

Tolong tegur si dia,
bila dia mula mengagungkan cinta manusia..

Tolong tegur si dia, bila dia tenggelam dalam angan-angannya..

Tolong tegur si dia,
andai nafsu mengawal fikirannya..

Tolong sedarkan si dia,
aku milik Yang Maha Esa..

Tolong sedarkan si dia,
aku masih milik keluarga..

Tolong sedarkan si dia,
tanggungjawabnya besar kepada keluarganya..

Tolong sabarkan si dia,
usah ucap cinta di kala cita-cita belum terlaksana..

Tolong sabarkan si dia,
andai diri ini enggan dirapati kerana menjaga batasan cinta..

Tolong sabarkan si dia,
bila jarak mejadi penyebab bertambah rindunya..

Tolong pesan padanya,
aku tidak mahu menjadi fitnah besar kepadanya..

Tolong pesan padanya,
aku tak mahu menjadi punca kegagalannya..

Tolong pesan padanya,
aku membiarkan Yang Esa menjaga dirinya..

Tolong khabarkan pada si dia,
aku tidak mahu melekakan dia..

Tolong khabarkan pada si dia,
aku mahu dia berjaya dalam impian dan cita-citanya..

Tolong khabarkan pada si dia,
jadilah penyokong dalam kejayaanku..

Tolong sampaikan pada si dia,
aku mendambakan cinta suci yang terjaga..

Tolong sampaikan pada si dia,
cinta kerana Allah tidak ternilai harganya..

Tolong sampaikan pada si dia,
hubungan ini terjaga selagi dia menjaga hubungan dengan Yang Maha Kuasa..

Tolong sampaikan kepada si dia,
kerana aku tidak mampu memberitahunya sendiri...
Hanya engkau Ya Allah mengetahui siapa si dia..
Moga pesananku sampai padanya walau aku sendiri tidak mengetahui siapa dan dimana si dia..
Moga dia seekor lebah yang sentiasa memuji keagungan YangMaha Kuasa memasuki taman larangan dengan sopan santunnya dan bertemu mawar berduri yang terjaga oleh tuannya..
Simpanlah pesanan ku ini sehingga engkau bertemu diri ku suatu hari nanti...

selamat beramal ~

Saturday, September 25, 2010

Kerana Cinta Aku Kecundang


Fitrah manusia yang ingin mengenali cinta...
aq ingin mengisahkan sebuah cerita...
seorang hamba Allah...

Kerana cinta..lelaki ini menderita sampai sekarang..
tanpa pengetahuan rakan2nya..lelaki ini menderita kerana cinta..

alkisah...

lelaki ini tidaklah sekacak Nabi Yusuf,tidaklah sekaya Nabi Sulaiman...
seringkali dia berdoa kepada Allah supaya dia dapat menikmati perasaan cinta kepada manusia,setiap hari dia berdoa supaya dia bertemu dengan cintanya...

sewaktu dia meningkat remaja...pada usianya yg mencecah 13 tahun,dia cuba memikat seorang budak perempuan,tetapi hampa...dia tidak berputus asa untuk mencari cinta,dia mencuba lagi,akhirnya dia dapat juga mengenali serorang budak perempuan..budak perempuan itu dapat memikat hati lelaki ini...akhirnye..impian lelaki itu tercapai...setahun selepas mereka berkenalan akhirnya mereka bercinta..lelaki itu berasa begitu bahagia kerana dapat menikmati perasaan itu...

4 bulan mereka menikmati perasaan itu,mereka berjanji bermacam-macam...akan hidup semati,takkan curang,tetapi..janji hanya tinggal janji..akhirnya mereka berpisah kerana budak perempuan itu mengkhianati cinta lelaki itu...lelaki itu sedih..dia menyalahkan allah...tetapi...allah masih sayangkan lelaki ini...

pada tahun 2007..sekali lagi dia bertemu dengan cintanya...tetapi..lelaki ini berhati-hati dalam percintaannya kali ini...pada masa inilah dia berubah...dia mula mendekati diri kepada Allah...tetapi...percintaan mereka hanya bertahan selama sebulan...kerana perkara yang sama..iaitu perempuan itu mempunyai lelaki lain...
lelaki ini masih lagi bertahan..dia sentiasa mengingati Allah....

selepas kejadian itu...dia tidak pernah lagi untuk mencari cinta meskipun hatinya meronta2 untuk memiliki cinta sesama manusia..dia hanya menumpukan cintanya kepada Allah...pada suatu hari...kawannya mengajak dia untuk menonton cerita AYAT AYAT CINTA..lelaki ini memperlekehkan cerita ini..tetapi..selepas dia menonton..dia mendiamkan diri...rakan-rakanya perasan akan perubahan dirinya itu...

pada keesokan harinya..rakannya bertanya kenapa dia berdiam diri selepas menonton cerita itu...dia berkata "aku begitu kagum dengan watak fahri kerana dia seroang yang begitu tabah apabila menghadapi dugaan iaitu CINTA...aku ingin jadi seperti dia"...
kwn2nya begitu terkejot akan kata2 dia..

lelaki itu berazam bahawa dia ingin melanjutkan pelajaran di Universiti of Al-azhar di mesir...dan dia juga akan berazam untuk tidak mengenali cinta lagi selain dari Allah....

tapi apakan daya...syaitan sentiasa menghasut dia...akhirnya dia jatuh cinta lagi...tetapi...cintanya itu tidak di balas...sekali lg dia kecewa kerana cinta...
dia begitu sedih akan nasib dirinya...tetapi dengan berkat doa diiringi dengan semangat dari rakan2nya...dia dpt mengatasi mslh itu....

sekali lagi dia membunuh janjinya..pada akhir tahun 2009...dia jatuh cinta lg dengan manusia...dalam percintaan ini lah yang mengajar dia supaya bersifat sabar,jujur...dia terlalu banyak bekorban untuk cinta nya...akhirnya membawa padah pada dirinya... perempuan itu terus meninggalkan lelaki itu dalam keadaan yg terkontang-kanting...

Allah masih sayangkan budak lelaki itu...Allah menghantar bantuan berupa kawan..kawan2nya lah yang banyak membantu dia untuk melupakan budak perempuan itu...

Lelaki itu adalah AKU...ye AKU..AKU sentiasa kecewa kerana cinta...tetapi...cinta Kepada ALLAH dan Rasul tidak akan kita merasai penderitaan...sebaliknya kita kan dapat menikmati dalam kebahagiaan dalam hidup kita...
jangan la jadi cam AKU...kerana AKU xnk org lain merasai apa yang AKU rasa selama ini...

InsyaAllah...impian aku ingin ke mesir untuk melanjutkan pelajaran ku di situ akan tercapai satu hari nanti....amin

di suatu saat nanti...kita akan mendapat cinta yang sejati dari Allah...

Jadikan hari yang lepas sebagai pengajaran juga jadikan pada hari ini sebagai ujian supaya hari yang akan datang akan menjadi lebih bermakna untuk kita....

Selamat Beramal ~

Thursday, September 16, 2010

5 Syarat Sebelum Melakukan Maksiat

Suatu hari ada seorang lelaki yang menemui Ibrahim bin Adham. Dia berkata, “Wahai Aba Ishak! Selama ini aku gemar bermaksiat. Tolong berikan aku nasihat.”
Setelah mendengar perkataan tersebut Ibrahim berkata, “Jika kamu mahu menerima lima syarat dan mampu melaksanakannya, maka bolehlah kamu melakukan maksiat.”
Lelaki itu dengan tidak sabar-sabar bertanya, “Apakah syarat-syarat itu, wahai Aba Ishak?”
Ibrahim bin Adham berkata, “Syarat pertama, jika kamu bermaksiat kepada Allah, jangan memakan rezekinya.”
Mendengar itu dia mengenyitkan kening seraya berkata, “Dari mana aku mahu makan? Bukankah semua yang ada di bumi ini rezeki Allah?”
“Ya!” tegas Ibrahim bin Adham. “Kalau kamu sudah memahaminya, masih mampukah memakan rezekinya, sedangkan kamu selalu berkeinginan melanggar laranganNya?”
“Yang kedua,” kata Ibrahim, “Kalau mahu bermaksiat, jangan tinggal di bumiNya!”
Syarat ini membuat lelaki itu terkejut setengah mati. Ibrahim kembali berkata kepadanya, “Wahai Abdullah, fikirkanlah, apakah kamu layak memakan rezekiNya dan tinggal di bumiNya, sedangkan kamu melanggar segala laranganNya?”
“Ya! Anda benar.” kata lelaki itu.
Dia kemudian menanyakan syarat yang ketiga. Ibrahim menjawab, “Kalau kamu masih mahu bermaksiat, carilah tempat tersembunyi yang tidak dapat terlihat olehNya!”
Lelaki itu kembali terperanjat dan berkata, “Wahai Ibrahim, ini nasihat macam mana? Mana mungkin Allah tidak melihat kita?”
“Ya, kalau memang yakin demikian, apakah kamu masih berkeinginan melakukan maksiat?” kata Ibrahim.
Lelaki itu mengangguk dan meminta syarat yang keempat. Ibrahim melanjutkan, “Kalau malaikat maut datang hendak mencabut rohmu, katakanlah kepadanya; Ketepikan kematianku dulu. Aku masih mahu bertaubat dan melakukan amal soleh.”
Kemudian lelaki itu menggelengkan kepala dan segera tersedar, “Wahai Ibrahim, mana mungkin malaikat maut akan memenuhi permintaanku?”
“Wahai Abdullah, kalau kamu sudah meyakini bahawa kamu tidak boleh menunda dan mengundurkan datangnya kematianmu, lalu bagaimana engkau boleh lari dari kemurkaan Allah?”
“Baiklah, apa syarat yang kelima?”
Ibrahim pun menjawab, “Wahai Abdullah kalau malaikat Zabaniyah datang hendak mengiringmu ke api neraka di hari kiamat nanti, jangan engkau ikut bersamanya.”
Perkataan tersebut membuat lelaki itu insaf. Dia berkata, “Wahai Aba Ishak, sudah pasti malaikat itu tidak membiarkan aku menolak kehendaknya.”
Dia tidak tahan lagi mendengar perkataan Ibrahim. Air matanya bercucuran. “Mulai saat ini aku bertaubat kepada Allah.” katanya sambil terisak-isak.
Allahu a’lam bisshawab.

Wednesday, September 8, 2010

Pantun Hari Raya.....

HARI RAYA

Buah pauh di tengah bendang
Jadi dagangan di tengah kota
Saudara jauh datang bertandang
Bermaaf-maafan sesama kita

Masak udang dan gulai ketam
Pembasuh mulut kuih keria
Berbunyi mercun berdentum-dentam
Riang gembira di Hari Raya

Sungai disusur sehari-hari
Dalam gelap menangkap ikan
Kami meyusun sepuluh jari
Salah dan silap harap maafkan

Aidilfitri hari kemaafan
Menghapus kesalahan sesama insan
Memupuk perpaduan sesama ehsan
Mengikat tali keakraban

Disisir diandam dengan cekap
Potong rambut pelbagai gaya
Puasa sebulan sudahlah lengkap
Kita menyambut Hari Raya

Adik tersayang segak bergaya
Mengait kuih di atas para
Suasana riang di Hari Raya
Bermaaf-maafan riang gembira

Sunday, September 5, 2010

Kerbau,Kelawar.Cacing

Suatu hari Allah SWT memerintahkan malaikat Jibri AS untuk pergi menemui salah satu makhluk-Nya iaitu kerbau dan menanyakan pada si kerbau adakah dia senang setelah diciptakan Allah SWT sebagai seekor kerbau. Malaikat Jibril AS segera pergi menemui si Kerbau.

Di siang yang panas itu si kerbau sedang berendam di sungai. Malaikat Jibril AS datang dan kemudian bertanya kepada si kerbau, "hai kerbau,adakah kau senang telah dijadikan oleh Allah SWT sebagai seekor kerbau". Si kerbau menjawab, "Masya Allah, alhamdulillah, aku bersyukur kepada Allah SWT yang telah menjadikan aku sebagai seekor kerbau, dari pada aku dijadikan-Nya sebagai seekor kelawar yang ia mandi dengan air kencingnya sendiri". Mendengar jawapan itu Malaikat Jibril AS segera pergi menemui seekor kelawar.

Malaikat Jibril AS datang menemui seekor kelawar yang sedang tidur bergantungan di dalam sebuah gua. Kemudian Jibril AS bertanya kepada si kelawar, "hai kelawar adakah kau senang setelah dijadikan oleh Allah SWT sebagai seekor kelawar". "Masya Allah, alhamdulillah, aku bersyukur kepada Allah SWT yang telah menjadikan aku sebagai seekor kelawar dari pada aku dijadikan-Nya seekor cacing. Tubuhnya kecil, tinggal di dalam tanah, berjalan saja menggunakan perutnya", jawab si kelawar. Mendengar jawapan itu Malaikat Jibril AS segera pergi menemui seekor cacing yang sedang merayap di atas tanah.

Malaikat Jibril AS bertanya kepada si cacing, "Wahai cacing kecil apakah kau senang setelah dijadikan Allah SWT sebagai seekor cacing". Si cacing menjawab, " Masya Allah, alhamdulillah, aku bersyukur kepada Allah SWT yang telah menjadikan aku sebagai seekor cacing, dari pada dijadikaan-Nya aku sebagai seorang manusia. Apabila mereka tidak memiliki iman yang sempurna dan tidak beramal soleh ketika mereka mati mereka akan diseksa selama-lamanya".

Selamat Beramal

Saturday, September 4, 2010

~ Orang Zaman Sekarang ~


Kita Sebenarnya.....

lebih gembira menyambut 1 Januari daripada 1 Muharram !
lebih tahu apa itu 14 Februari daripada 12 Rabiulawal !
lebih membesarkan hari Sabtu dan Ahad daripada hari Jumaat !
lebih khusyuk mendengar lagu daripada mendengar Azan !
lebih suka lepak, tidur, tengok TV...dll daripada Solat dan mengaji !

lebih tahu tentang artis pujaan kita daripada nama nabi-nabi Allah !
lebih suka menyebut hello! dan hi! daripada Assalamualaikum !
lebih suka menyanyi dangdut, rap, hip-hop...dll daripada berwirid atau bertahmid !
lebih suka memuji manusia daripada Tuhan kita sendiri !

lebih suka membaca majalah hiburan daripada buku-buku agama !
lebih suka ke konsert, karaoke daripada ke ceramah agama !
lebih suka memaki, mengumpat orang daripada memuji mereka !
lebih suka mencarut, @#!*@!! daripada menyebut MasyaAllah !
lebih suka kemungkaran daripada membuat kebaikan !
lebih bangga dengan kejahilan kita daripada bersyukur dengan keimanan kita !
lebih cintakan dunia daripada urusan akhirat !

TETAPI bila ditanya arah tujuan kita, kita pasti akan jawab bahawa...

KITA SEBENARNYA.. ....lebih suka menuju ke Syurga daripada ke Neraka !

Layakkah kita dengan Syurga Milik Allah???


WALLAHHUALLAM
:) Selamat Beramal..

Thursday, September 2, 2010

Seribu Kemaafan Ku Minta Teman

Hatiku tidak tenang setelah aku menyakiti hati seseorang...aku tidak begitu selesa sekali apabila aku menyakiti hatinya...bukan niat aku untuk menyakitinya...

Buat temanku...
aku tau kau membenciku disebabkan bahasa aku yang agak kasar...
aku tau kau membenciku disebabkan aku telah menyakiti hati mu...

Tetapi...
bukan niat dihatiku untuk menyakitkan hati mu...
bukan niat dihatiku untuk berkasar bahasa dengan mu...

Berikanlah aku sedikit kemaafan kepadaku...
aku sedar akan kesilapanku akan terhadapmu...

Teman...
engkaulah sahabat yang aku paling sayang...
Ketika aku dalam kesedihan engkaulah yang menggembirakan aku...
Disaat aku ingin meluahkan perasaan,engkau hadir untuk mendengar keluhan hatiku..
Engkau sentiasa hadir dalam hidupku ketika susah dan senang...

Tetapi apakan daya...
hanya kesilapan yang kecil...
engkau diam seribu bahasa dengan mu...
tiada gelak ketawa yang aku dengar lagi darimu...
tiada khabar berita lagi yang aku dengar lagi darimu...

Teman...
sekali lagi aku ingin meminta maaf kepadamu...
Maafkan la aku...
Sepuluh tangan ku pohon...
Maafkan la aku teman...
kerana tanpa engkau tiada tempat lagi untuk aku berkongsi suka dan duka lagi...

Kembalilah Teman...
aku memerlukan engkau...
janganlah engkau membenciku...

Dari
Teman mu Yang Sejati....
NAJ