Islamic Widget

itu aki

Thursday, December 30, 2010

Renungan Sejenak


Rutin anak Adam/Hawa yg sudah mempunyai pasangan.....

Bila bangun tidur...msti cari hp dan nk ucapkan selamat pagi kat bf/gf diowg.....
tetapi dia xucap Alhamdulillah ketika dye bangun dari kerana Allah masih panjangkan umurnya...

Nak jumpe bf/gf kita...kita slalu pkai pakaian yg smart/cantik,pkai minyak wangi...
tetapi bila jumpe Allah???ada x kita buat camtu???msti xd kan??

Tiap2 bln kita sanggup habiskan beratus-ratus ringgit duit tuk bf/gf kita....
tetapi adakah kita sanggup habiskan duit kita tu ke jalan Allah??xd kan....

Kita sanggup beli buku2 ttg cara2 nk pikat hati bf/gf kita...
tetapi adakah kita sanggup nk beli buku2 agama???xd kan...

Kita sanggup menghafal ayat2 jiwang...xkira masa....
tetapi ayat Al-Quran???ad x kita menghafalnya???xd kan...

Kita sanggup menyerahkan diri kita sepenuhnya kepada bf/gf kita...
tetapi adakah kita sanggup menyerahkan diri kepada Allah???xd kan...

Kita sanggup menghabiskan masa bersama dgn bf/gf kita....
tetapi adakah kita sanggup utk menghabiskan masa dgn Allah?? xd kan...

Kita sering kali mengucap kata2 cinta dan memuji kecantikan kpd bf/gf kita....
tetapi kita slalu x berzikir dan memuji kebesaran Allah???xd kan....

Kita sanggup berhubung melalui hp dgn bf/gf kita berjan-jam...
tetapi dgn Allah??5 minit pon xsampai....tu pon lps solat xberdoa??btl kan???

Kita sanggup bangun mlm semata2 utk bergayut ngn bf/gf kita...
tetapi adakah kita sanggup tuk bangun mlm semata2 tuk beribadah kpd Allah??xd kan...

Kita sanggup melakukan ap saja tuk bf/gf kita..
tetapi adakah kita menjalan tanggungjawab kita sebagai HAMBA Allah???

Kita selalu ckp yg kita rindu dkt bf/gf kita...
tetapi kita xpernah kata pon yg kita rindu kat Rasulullah S.A.W....

Kita selalu menyeru nama bf/gf kita tuk melepaskan rindu....
tetapi kita jarang berselawat ke Atas Nabi Muhammad kan??

Kita selalu bercerita ttg mslh yg kita hadapi kat bf/gf kita...
tetapi adkh kita selalu bercerita mslh kita dkt Allah???

Sebelom kita tidur.....kita ucapkan selamat mlm kat bf/gf kita...
tetapi adakah kita sanggup ucapkan Bismillah kpd Allah sebelom tdow....ataupun membaca surah Al-fatihah,Ayat Kursi,Surah Al-ikhlas,Surah Al-Alaq dan juga An-Nas....xkan??

sahabat....sy ni bkn la sempurna sgt utk menulis entry kali ni.......tetapi hanya sekadar memberi peringatan je tuk kita semua.....harap..terbuka la hati kita untuk kembali kpd fitrah Allah....
Selamat Beramal ~ :)

Wednesday, December 15, 2010

Untuk Sahabat Yang Tersayang


Aku mula mengenal akan diri mu semasa aku memasuki darjah 2...
kita menjadi begitu akrab pada masa tu.....di mana ada kau...di situ ada aku...

Semasa darjah 3...aku masih lagi menjadi rakan karib mu.......hari-hari aku bertemu dengan kau..
jatuh bangun aku...kau tetap bersama aku....

Sewaktu umurku mencecah 10 tahun....hubungan kita mula renggang...
tidak seperti dahulu...kemana saja kau berada..aku akan berada di samping kau....

Darjah 5...adalah tahun hitam bagi hidup ku..kerana aku membuat hal pada tahun itu..
tetapi...kau tetap menerima aku sebagai sahabat kau....

Darjah 6...kita 1 kelas sekali lagi...engkau masih tetap menjadi sahabat karib ku..susah senangku ketika itu..kau masih bersama aku...menyedarkan aku bahawa aku tidak keseorangan...

Masuk tingkatan 1.....aku kesunyian....kerana engkau pergi ke kelas lain...dan aku ke kelas lain....
tetapi itu tidak mematahkan semangat aku untuk terus menjadi sahabat kau walaupun ketika itu aku kesunyian.....di waktu itu la aku mengenali rakan karib ku yang baru iaitu Mohamad Azizi bin Aris dan Abdul HAfidz Othman...mereka la yang telah menyerikan hidupku sebagai seorang kawan....

Tingkatan 2.....aku bergaduh dengan Mohamad Azizi....tetapi kau dengan Abdul Hafidz cuba sedaya upaya untuk memperbaiki hubungan kami..walaupun gagal...tetapi kau dan Abdul Hafiz tidak pernah berputus asa untuk memperbaiki hubungan aku dengan Mohamad Azizi...itu la di katakan PERSAHABATAN

Tingkatan 3.....aku tidak lagi bersama dengan kau sahabat...sebaliknya aku bersama Abdul hafiz...ya...Abdul Hafiz telah cuba sedaya upaya untuk memulihkan hubungan aku..tetapi gagal..kerana aku dengan Mohamad Azizi ingin menunjukkan kehebatan dan ke egoan masing-masing...terima kasih Abdul Hafidz kerana menjadi sahabat karib aku ketika itu...tetapi kau masih sahabat ku...... :)

Masuk Tingkatan 4....Abdul Hafidz keluar meninggalkan aku....aku terkontang-kanting ketika itu..kerana sahabat karib ku iaitu Abdul sudah meninggalkan sekolah itu....aku hanya bersama engkau dan juga Azizi....alhamdulillah..berkat 1 majlis..pada tahun itu hubungan aku dengan Azizi semakin rapat....Terima kasih Ya Allah...kerana kau memberi kesabaran kepada ku dan sahabat ku itu....

Tingkatan 5...walaupun Abdul Hafidz berpindah sekolah...tetapi hubungan kami berempat sebagai sahabat tidak pernah putus...setiap mnggu..kami akan bersama-sama untuk bermain badminton...walaupun Abdul sudah pindah sekolah...tetapi hubungan kami sebagai tidak pernah terputus...terima kasih sekali lagi kepada sahabat ku...

tahun 2010....setelah mendapat keputusan exam spm....kami masih lagi bersama....walaupun kami berjauhan...kerana Abdul Hafidz belajar di Kedah...Mohamad Azizi belajar di Terengganu...manakala sahabat ku belajar di Perak....tetapi....

Pada Akhir tahun ni...sahabat ku itu akan pindah ke kajang.. :'( aku terasa begitu kehilangan..kehilangan yang begitu besar..kerana kami sudah bersama-sama di waktu sudah dan senang..kami tetap bersama...aku tak nak kehilangan kau sahabat...aku tak nak....aku tak nak....kerana aku takut persahabatan antara aku,kau,Abdul dan Azizi akan terputus...aku tak nak sahabat...kerana kau dah banyak membantu aku.....kerana kau sentiasa membantu aku dan rakan-rakan yang lain....kerana kau sentiasa menceriakan suasana ketika kita bersama-sama..bermain badminton bersama-sama....lepak bersama-sama...tp selepas ni....boleh ke kita lepak seperti dahulu sahabat???

Aku mengharapkan perhubungan kita berempat ini takkan terputus walaupun kau sudah pindah....insyaAllah sahabat.....aku Redha jika ini Ketentuan Allah terhadap kita Berempat....

Sahabat..entry ini aku buat khas untuk kau....kau yang bernama Muhammad Syafiq Abdullah...baca la sahabat..kerana kau sahabat yang aku paling sayang sekali.... :(

Monday, December 13, 2010

Sedar la Sahabat tentang .........

da lama xtulis blog..mklm la...bz nk exam bln ni....

entry kali ni aq nk usik kisah KIAMAT
sahabat....aq nk ckp sesuatu bahawa tanda2 kecil sudah pon tiada...
kebanyakkan blog yg aq baca mengatakan bahawa tanda2 kecil kiamat sudah pon habis....
hanya menunggu tanda2 besar kiamat yg muncul....hhhhhmmmmmm

ini adalah predict aq.....mungkin la tanda2 besar kiamat akan muncul lg 2 3 tahun lg...
mungkin la...ini cume predict aq....sbb...tanda2 nye pon da semakin nyata dan terang...
kerana setiap negara sdg bersiap2 untuk berperang antara 1 sama lain...xtau la kalau Allah
kata tanda2 kiamat tu dtg pada tahun depan...subhanAllah....

lihat saja lah antara korea utara dengan korea selatan...mereka bersiap sedia saja untuk berperang....dan tanda2 Imam Mahdi dan juga Dajjal semakin nyata dan terang....
wahai sahabat...tanda2 itu semakin hampir...hampir sgt....

adakah anda yakin bahawa anda akan hidup semasa huru-hara kiamat yakni peperangan??
sahabat marilah kita kembali kepada Islam...Islam adalah jalan yang lurus....

sahabat..mari la beristiqamah kepada Allah....kerana ajl itu semakin hampir dgn kita....
kalau anda sempat berada di zaman huru-hara kiamat..maka anda adalah seorang hamba yg bertuah kerana masih di berikan nafas kepada Allah....ayuh taubat... :)

trilogi kiamat(predict saja)

1) Peperangan di seluruh dunia...
2) Ketika perperangan itu berlaku muncullah 3 watak di hari kiamat yaitu Imam Mahdi,Nabi Isa A.S dan Dajjal....
3) Peperangan akan berlanjutan sehingga semua peluru kehabisan,minyak di dunia pun kehabisan...maka...kenderaan berat tidak dapat berjalan lagi...di saat itu la....kita akan menggunakan pedang,tombak,panah dan sebagainya sebagai senjata utama...
4) Selepas Dajjal mati di bunuh oleh Nabi Isa A.S...peperangan masih berlanjutan lg sehingga Orang islam mencapai kemenangan yg mutlak...
5) Orang Yahudi di bunuh oleh Orang Islam...
6) Yakjuj dan Makjuj keluar.....Nabi Isa A.S berdoa kepada Allah lalu Allah mengirimkan ulat kepada Yakjuj dan Makjuj.........
7) Matahari Terbit dari Arah Barat...
8) Tiupan Sangkala....
9) Bumi hancur...

Ingat...ini adlah Predict sy...hanya Allah sje yg menentukan semua ini....Sesungguh nya begitu kompleks perancangan Allah ini...Renung2 kan la....pilihan di tangan Anda

Selamat Beramat Semua... :)

Tuesday, December 7, 2010

Hati Yang Terluka

kenapa dikau mendiamkan diri??
kenapa???
adakah engkau terluka kerana aku..
yang mengkhianati diri mu??
maaf temanku..bukan niat ku untuk melukakan hati mu..
aku tau....yang kau tidak akan memaafkan aku..
aku mengakui akan kesilapan ku...
tidak bolehkah kau memaafkan ku??
atas semua kesalahan yang telah ku lakukan...
engkau begitu benci akan kesilapan ku ini...
ku tahu...kesilapan ku ini begitu besar terhadap mu..
yang telah menyakitkan hatimu...
berikan la secebis kemaafan kepada ku...
supaya aku dapat menebus segala dosa ku...
berikan la aku satu sinar...
supaya aku dapat membetulkan keadaan...
aku bukan manusia yang sempurna...
yang tidak pernah melakukan kesalahan dekat dunia ni....
ini terjadi bukan kehendakku...
tetapi kehendak Pencipta....
aku tidak pernah menyalahkan Pencipta..
kerana ku tahu Pencipta ingin menguji Hambanya...
Pencipta yang menentukan segalanya..
Sebagai hambanya...
kita perlu terima ini dengan hati yang terbuka...
kepada Pencipta yang menciptakan kita...

:)

Monday, December 6, 2010

Awal Muharam 1432

azam tahun baru :-
- Ingin mendekatkan diri kepada Allah
- Ingin sentiasa beribadah di rumah Allah
- Meninggalkan perkara mungkar dan membuat perkara ma'aruf....
- menumpukan pada pelajaran
- Sentiasa bersedekah
- Tumpukan kepada apa yang kita inginkan
- Pastikan target pada tahun ini akan tercapai
- Kurangkan hiburan
- aktif bersukan....anda???