Islamic Widget

itu aki

Tuesday, June 28, 2011

Aku Memandang Jijik dan Hina..

Amat2 jarang aku update blog ni...
InsyaAllah...lepas ni aku akan sentiasa update blog ni/...
berkenaan tajuk diatas....
Ramai yang bising dan pelik...knp aku tetiba tukar pic profile fb aku tu dengan wanita yang memakai purdah....dengan selamba aku menjawab..." da orang lain xnk tutup aurat...aku tutup la aurat aku " ....Terkedu dan terdiam la gak mereka yang tanye.....

ok...maksud aku memandang jijik dan hina ialah kepada wanita/perempuan yang xreti nak tutup aurat dia sendiri...yela...aku betul2 memandang hina dan jijik terhadap mereka...kerana mereka kita yang xbersalah turut mengikut mereka ke neraka....sekarang korang lihat...di mana2 saja....orang sentiasa membuka aurat..kiri kanan depan belakang..sumenye buka aurat..ada yang pakai tudung..tetapi memakai seluar ketat,nampak dada,nampak pinggang.....sedangkan islam menyuruh kaum adam dan juga hawa supaya menutup aurat.....dalam surah An-Nur ayat 31 yang berbunyi :-

"Katakanlah kepada wanita yang beriman:
"Hendaklah mereka menahan pandangannya,
dan memelihara kemaluannya, dan janganlah
mereka menampakkan perhiasannya,
kecuali yang (biasa) nampak daripadanya.
Dan hendaklah mereka menutupkan kain tudung
ke dadanya, dan janganlah menampakkan perhiasannya,
kecuali kepada suami mereka, atau ayah mereka,
atau ayah suami mereka, atau putera-putera mereka,
atau putra-putra suami mereka, atau saudara-saudara
laki-laki mereka, atau putera-putera saudara
laki-laki mereka, atau putra-putra saudara perempuan
mereka, atau wanita-wanita Islam, atau budak-budak
yang mereka miliki, atau pelayan-pelayan laki-laki
yang tidak mempunyai keinginan (terhadap wanita)
atau anak-anak yang belum mengerti tentang aurat wanita.
Dan janganlah mereka memukulkan kakinya agar diketahui
perhiasan yang mereka sembunyikan. Dan bertaubatlah
kamu sekalian kepada Allah, hai orang-orang yang beriman
supaya kamu beruntung".



anda bayangkan...sehelai rambut hawa yang kaum adam lihat...bersamaan dengan 70 tahun di neraka...itu baru sehelai rambut yang di lihat....rambut yang ad di kepala xterhitung kiranya....

Sehari di akhirat bersamaan dengan 1000 tahun di dunia...itu baru sehari....satu tahun di akhirat bersamaan dengan 365000 di dunia.....itu baru setahun di akhirat...klau 70 tahun??
masyaAllah....itu baru sehelai rambut je....klau 100000 helai rambut???pandai2 la kira...

Wanita yang xtutup aurat akan menarik seberapa byk manusia yang xberdosa masuk ke dalam neraka bersama mereka..

tolong kepada wanita di luar sana...tutup la aurat seelok2nya...

Surah Al-Ahzab ayat 59
"Wahai Nabi katakanlah kepada isteri-isterimu,
anak-anak perempuanmu dan isteri-isteri
orang mukmin: "Hendaklah mereka mengulurkan
jilbabnya ke seluruh tubuh mereka".
Yang demikian itu supaya mereka lebih mudah
untuk dikenal, karana itu mereka tidak diganggu.
Dan Allah adalah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang".

Aku ni bukan la sempurna....aku seperti manusia lain yang sering melakukan dosa....tapi tidak salah jika kita sentiasa ingat mengingati antara satu sama lain...itu lebih afdal dari tidak menasihati dan mengingati antara satu sama lain....

Buang yang keruh ambik yang jernih.... :)

Selamat Beramal ~

Tuesday, June 21, 2011

Bila Sudah Bekerja

Alhamdulillah.....sudah seminggu lebih aku bekerja....
Baru seminggu bekerja....
Macam2 yang aku ingin beli...
Dalam kepala otak aku ni terfikir nak beli



Sangkar hamster seperti diatas
Aku nak beli pun sebab hamster da banyak..
Dan mereka pun da bekeluarga..
Lagi besar lagi bagos...
Tapi Harga pon Mahal gak....


Permainan Hamster
Aku nak beli pon sebab hamster aku da boring dengan permainan sekarang ni....
hahaha...
so aku kene beli baru la.... ^_^


Handphone BlackBerry Strom 9500
ni la first handphone yang aku lihat kat mudah.my .....
handphone ni gak la yang buat hati aku terbukak untuk kerja....
aura dajjal memang jahat.....


Handphone Nokia 58000
dan bila da bekerja...
otak jahat pun suruh jadi tamak...
suruh beli handphone ni sekali...
tamak betul aku ni....
Dan Xbox 360
xcukup dengan handphone 2 bijik...
otak jahat datang lagi.....
suruh beli xbox 360 ni....ayooo....

ni semua nk beli sebelom raya tahun ni....
boleh pulak aku kira2 gaji aq yang akan datang...
tolak tu tolak ni....
dpt la beli ketiga barang2 seperti di atas....

InsyaAllah...
berkat usaha aku....
aku akan dapatkan semua ni sebelom raya....
^_^




Sabar itu berkat

Pengalaman itu mengajar kita erti sabar......

Terima kasih kepada Maghfirah Mohd Zaki...
Kerana kongsi pengalaman dengan saya pasal menjaga hamster...

Alhamdulillah....berkat pengalaman lalu....
Hamster saya telah pun melahirkan anak sebanyak 4 ekor...
Akibat tidak mengasingkan ibu dan ayahnya....
Akhirnya seekor itu di makan oleh ayahnya...
Tinggal la 3 ekor....

Alhamdulillah....
Sekarang ni sudah 2 minggu lebih da ibunya dengan anak hamster....

Mengharapkan anak2 hamster tu sempat membesar....
dan akan terus melahirkan keturunan2 yang comel... :)
InsyaAllah.....

Thursday, May 26, 2011

Teringat Akan Dia


Dia lah penawar hati...
DIa la yang juga telah membuatkan aku kembali kepada jalan yang lurus....
Aku bersyukur kerna Allah mengirimkan dia kepadaku walaupun sekejap.....

Pada bulan lepas....ada satu pertandingan yang telah dibuat oleh kolej....
Aku dan dia join game tu....tp masih lagi belum berkenalan.....

Dia seorang wanita yang lain dari yang lain...
tidak ku pernah berjumpa wanita seperti dia...
begitu sopan....
menjaga adab...

Amat-amat jarang aku berjumpa dengan wanita seperti ini...
Yang menjadikan islam itu sebagai panduan hidupnya...
SubhanAllah....
Ini adalah perjumpaan pertama antara aku dan dia.....

Ini la juga kali pertama aku dapat menatap wajahnya....
Ini la juga kali pertama aku dapat berentap dengan dia dalam satu perlawanan seperti di atas.....
Aku rindu saat-saat dan waktu itu....
Kalau boleh....
Aku ingin berjumpa dengan dia....

InsyaAllah...
Jika tiada halangan....
Akan ku jadikan dia sebagai teman hidupku yang sah pada satu hari nanti.....

ikhlas dari ku... :)

Tuesday, May 24, 2011

Dialog Antara Setiausaha Sulit Baginda Muhammad Dengan Nabi Muhammad

Entry kali ini adalah sekadar renungan...bukan bertujuan untuk berpolitik..saya hanya mengambil sedikit daripada teks khutbah di kawasan perumahan sy.... :)
Selamat beramal

Ya Rasulullah...selalu sahabatmu bertanyakan tentang perkara yang baik-baik sahaja...
hari ini aq ingin bertanya tentang perkara buruk pula....
Rasulullah berkata " tanya la kepada ku "

SU sulit : apakah islam akan menjadi gemilang pada masa akan datang Ya Rasulullah?
Rasulullah SAW : ya.
SU Sulit : apakah Islam akan jatuh nanti pada masa akan datang?
Rasulullah SAW : ya

di tanya lagi soalan yang sama kepada Rasulullah SAW.

SU sulit : apakah islam akan menjadi gemilang pada masa akan datang Ya Rasulullah?
Rasulullah SAW : ya.
SU Sulit : apakah Islam akan jatuh nanti pada masa akan datang?
Rasulullah SAW : ya

lalu SU sulit itu berkata ' seandainya aku masih hidup dan berada di zaman Islam jatuh...apakah yang harus aku lakukan??

Jawab Rasulullah SAW ' kamu harus berada di samping orang-orang yang betul-betul memperjuangkan Agama Islam.

lalu bertanya lagi SU Sulit Baginda ' seandainya aku masih hidup dan berada di zaman islam jatuh dan tiada lagi orang-orang yang memperjuangkan Agama Islam...apakah yang harus aku lakukan??

Jawab Rasulullah SAW ' adalah lebih elok engkau pergi ke hutan atau pun gua dan makan dahan-dahan kayu. Lebih elok engkau mati dalam keadaan begitu daripada engkau bersama dengan orang-orang yang jahil..

kredit from khutbah jumaat 20/5/2011
Masjid Al-Azim Pandan Indah


Monday, May 23, 2011

Ciri-Ciri Lelaki Yang Soleh

Sering kita lihat di blog,fb dan mcm2 tempat lagi la pasal ciri2 wanita solehah....
di sini aku nak cerita pulak pasal lelaki soleh...
harap korg enjoy...

1) Senantiasa taat kepada Perintah Allah dan juga Rasulullah SAW.
2) Menjadikan Allah dan Rasulullah SAW sebagai idola hidupnya.
3) Cita-citanya adalah untuk syahid di jalan Allah.

4) Jihad Fisabilillah adalah tujuan hidupnya.

5) Sabar mengahapi segala dugaan dan rintangan yang Allah berikan padanya.

6) Sentiasa ikhlas ketika beramal soleh.

7) Sentiasa melakukan amal jariah ketika susah atau senang.

8) Selalu mohon keampunan untuk dirinya,keluarganya dan juga rakan2nya.

9) Takut akan ujian Allah dan janji2 Allah.

10) Senantiasa bertawakal kepada Allah dan tidak pernah sesekali mengeluh selain dari Allah.

11) Zuhud dengan dunia tetapi tidak pernah meninggalkannya.

12) Solat malam itu seperti menjadi kewajipan untuk dirinya.

13) Bersifat khusyuk dan bertawaduk dalam apa jua keadaan.

14) Seorang yang berpegang pada amanah,janji dan juga seorang yang perahsia.

15) Seorang yang menyayangi haiwan2 peliharaan.

16) Seorang yang mengamalkan sunnah2 Rasulullah dalam kehidupan seharian.

17) Sentiasa memberi kemaafan kepada orang yang melakukan kesalahan terhadap dirinya.

18) Menerapkan nilai kasih sayang sesama mukmin dan ukhwah diantara mereka.
19) Amar maaruf dan nahi mungkar adalah kerja sehariannya.

20) Sentiasa berkasih sayang dengan keluarganya.

Renungkan la ayat di bawah ini :

Hatinya sentiasa terpaut (teringat-ingat) kepada Allah swt. Merasakan segala ketaatan dan amal ibadahnya itu, bukan daripadanya. Sebaliknya itulah kurniaan Allah kepadanya. Apabila mendapat nikmat dan kesenangan, dia tidak leka dengannya tetapi hatinya terus terkenang kepada Allah yang memberi nikmat.


Saturday, May 21, 2011

Bukan Yang Ku Pinta...


Setiap pertemuan akan berakhir dengan perpisahan....
walaupun apa jua keadaan....
kita tetap akan terpisah...
aku redha akan ketentuan Ilahi....
kerana di sebalik semua ini ada maksud tersurat dan tersirat...

Aku amat menyayangi diri dia....
semakin hari aku mengenali diri dia....
semakin dekat aku dengan Allah....
dia banyak mengajar aku erti sabar....
tidak pernah aku berjumpa dengan wanita seperti ini...
ibarat bidadari yang datang dari langit untuk berjumpa dengan ku....

Aku terpesona dengan kecantikkan yang ada pada dirinya...
bukan kecantikkan fizikal...
tetapi kecantikkan ISLAM yang ada pada dirinya...
SubhanAllah....
sungguh cantik bidadari yang engkau kirimkan ini ya Allah....
aku bersyukur kepadaMu kerana mengirimkan bidadari ini kepada ku...

Aku amat menyayangi bidadari Mu ini ya Allah....
aku cuba untuk membawa bidadari ini bertemu dengan kedua ibu bapaku....
tetapi....
hasrat ku itu tidak tercapai.....

Hubungan aku dengan bidadari Mu sudahpun berakhir....
aku tidak pernah pinta akan berakhir begini....
tetepi Engkau sudahpun menulis di Luh Ma'fuz Mu....
aku Redha ya Allah....

Aku ingin memanjatkan syukur ku kepada Mu ya Allah...
kerana menemukan aku dengan bidadari yang Engkau kirimkan kepadaku....
walaupun sekejap...
tetapi banyak memberi manfaat dan juga erti kepada ku....

Aku mengharapkan agar bidadari ku ini akan berjumpa dengan orang yang jauh lebih baik dari hamba Mu ini....
Semoga dia akan selamat di dunia dan juga di akhirat....

Yang benar
Muhammad Najmuddin B Jaafar