Islamic Widget

itu aki

Tuesday, August 31, 2010

Khas untuk wanita cantik


Assalamualaikum...bismillahirrahmannirrahim...

Setiap orang adalah unik. Setiap orang ada kelebihan dan kekekurangannya yang tertentu. Tidak ada manusia yang sempurna kecuali Rasululluh s.a.w kerana baginda telah ditentukan maksum. Selebihnya tidak terkecualai daripada sifat lemah, buruk, hina, sakit san bermacam-macam perkara lagi. Anda tidak perlu berasa susah hati lantaran gemuk, tidak menarik, terlalu rendah malah cacat. Biar bagaimana keadaan anda, anda tetap unik dan tanpa anda alam ini tidak sempurna.

Memang ALLAH menjadikan manusia pelbagai rupa dan gaya. Disitulah berkuasanya ALLAH. Dia berhak dan mampu berbuat apa saja mengikut kehendak-Nya. Kita memang tidak ada pilihan untuk mempersoal itu ini, mempertikai itu ini. Anda mungkin berasa rendah hati melihat kekurangan-kekurangan yang ada pada diri anda.

Nah, anggap ia satu kelebihan. Jika anda sangka anda buruk, ia satu kelebihan yang tiada pada orang cantik. Anda sangka kecantikan sentiasa membawa untung? Tidak. Kadang-kadang kecantikan memusnahkan. Setelah anda dikenali sebagai seorang yang cantik, ketakutan anda terhadap keburukan lebih besar daripada jika anda semulajadinya hodoh. Orang cantik fobia menjadi buruk. Setiap kedutan di wajah akan dirawat dan setiap kedutan begitu menyusahkan dirinya. Saat menjadi buruk pasti tiba, bagaimanakah perasan si cantik meghadapi hari tua mereka? Bukankah rasa susah yang tiada kesudahan?

Kadang-kadang seekor semut diberikan sayap oleh ALLAH supaya dia boleh terbang dan menerjah api. Samalah halnya, kadang-kadang seseorang manusia itu diberikan kecantikan supaya dengan kecantikan itu dia boleh berbuat sebanyak-banyak mungkar untuk diberikan balasan setimpal di Akhirat. Tontonlah filem atau drama-drama di TV. Kisah hidup orang cantik selalunya penuh duri. Jika anda buruk setidak-tidaknya anda bebas rasa riak dan takbur. Penghuni neraka kebanyakkannya wanita sebagaimana disabdakan Rasullah s.a.w wanita itu tentu yang cantik tapi gagal memahami untuk apa kecantikan itu diberikan ALLAH kepadanya. Dan wanita itu tidak terkecuali juga yang buruk sebab dia berterus-terusan saja mempertikaikan kerja TUHAN.

Siapakah wanita penghuni syurga itu, barangkali yang cantik dan dia sentiasa faham kecantikan itu ukuran manusia . Cantik pada pandanagn ALLAH adalah ketaatannya terhadap semua perintah dan larangan ALLAH. Barangkali juga yang buruk tapi dia faham ALLAH tidak memandang rupa paras tapi apa yang ada di dalam hatinya. Wahai orang cantik, orang buruk, orang rendah, orang cacat, semuanya hanyalah sementara. Hargai diri anda sebab kewujudan anda membuktikan kekuasaan ALLAH!!

wasalam...

Kenapa Couple Itu Haram


Rasulullah bersabda, mata boleh berzina dgn melihat, lidah boleh berzina dengan bercakap, tangan boleh berzina dengan berpegangan. Kaki boleh berzina dengan berjalan ke arah tempat maksiat. Hati pula boleh berzina dgn merindui, mengingati dan membayangi si dia.....

baca firman Allah...Ya Allah terjawab persoalan yang telah lama terpendam jauh didalam lubuk hati...mengenai zina ..WALAU ZINA HATI beza cinta halal dan haram..YANG HARAM ITU MERESAHKAN..YANG HALAL ITU NIKMAT....bukti dah banyak..mula dari pandangan dan jika tak dicegah..anggota lain akan menurut..sedangkan iman terpenjara...bila mata dah jatuh hati kerana tidak dicegah memandang yang haram...malu terbuang..jadi zina hati diangkat sedikit statusnya..dengan perkataan" kami jaga batas"..kuatnya iman ....sampai menidakkan apa yang terukir didalam ayat al-quran Firman Allah dalam Surah An-Nur(24) ayat 30:

"Katakanlah kepada orang lelaki yang beriman: "Hendaklah mereka menahan pandangannya, dan memelihara kemaluannya; yang demikian itu adalah lebih suci bagi mereka, sesungguhnya Allah Maha Mengetahui apa yang mereka buat.".Surah An-Nur(24) ayat 31: "Katakanlah kepada wanita yang beriman: "Hendaklah mereka menahan pandangannya, dan memelihara kemaluannya,..."....dari pada ayat ni dah jelas zina ini bermula dari pandangan mata kemudian turun ke hati.....jika baik dia kita jaga maka baiklah perlakuan kita..jika hati dah dijangkiti virus cinta apatah lagi pada yang bukan halal....jika tak dirawat..cinta akan bertukar menjadi kepuasan nafsu semata..lalu kemana cinta suci yang diagungkan pada kekasih bukan yang halal bersaksikan bulan dan bintang?..benar bulan bintang akan menjadi saksi pada kemungkaran yang dilakukan...tika hari pembicaraan sesudah dibangkitkan....dalam satu blog menyatakan tentang sifat orang2 yang bercinta walaupun mereka tahu cinta itu tidak halal tanpa ikatan nikah bercinta sebelum kahwin ini kadang-kadang boleh menjadi munafik. Bagaimana pula? Kenapa tidak, semasa bercinta semuanya sikap yang baik-baik ditonjolkan, daripada cakap-cakap romantik, hadiah yang tidak pernah putus-putus, puji-pujian yang melangit dan sebagainya. Tetapi selepas kahwin, berapa ramai yang kekal dengan lakonan masa cinta tengah mekar subur sebelum ini, jarang sekali akan ketemu mereka yang masih ingat pada skrip yang pernah dihamburkan dulu.dan kisah couple islamik yang membuatkan ramai tertipu lakonan wara' mereka. Berhenti solat di masjid semasa keluar bersama, maklumlah alim dan wara', miscall qiamullail, sms tazkirah dan sebagainya antara skrip murahan harian mereka. Mabuk orang bercinta ni memang dahsyat. Mengapa mabuk, rindu dendam yang sama tidak diaplikasikan dalam bercinta dengan Allah Taala. Pelik bukan? Mulut kita mengaku cinta Allah Taala, sayang Rasul s.a.w, namun amalannya masih jauh daripada hakikat sebenar.

"Macam mana nak kenal peribadi bakal isteri kalau tak bergayut dulu" antara alasan yang pernah diberikan...wah kalau begitu kena kenal sehingga tahap dalam kain sebelum di-Ijab dan Qabul.

..maka bila dah terlalu kenal hingga sebelum ijab dan Qabul, tanpa perantaraan...tak terasa hilangkah nikmat menikmati cinta halal umpama nikah itu cuma pengumuman..bahawa mereka sudah halal sedangkan dah pun dihalalkan ikatan dengan perbuatan yang haram tapi kerana turutkan nafsu..

nikah itu ibadah...umpama mendirikan masjid...jika bahan binaan terbina dari sesuatu yang tidak berkualiti sampai bila terjaminnya keutuhan?Ya ada yang tidak bercinta sebelum nikah bercerai tapi jika dibandingkan dengan yang bercinta dulu baru menikah peratus manakah yang lebih tinggi?....dimana hilangnya identiti islam yang selama ini kita bawa dan jelas menjaga dan menitik beratkan hubungan antara lelaki dan perempuan .jika ingin bahagia ikut syariat .jangan jadikan couple anda punca tawar hubungan suami isteri selepas kahwin...jika hati dah terlanjur sangkut cepatkan nikahnya..insyaallah boleh pelihara diri dari zina....

Jauhilah maksiat bercinta sebelum kahwin

"Ya Allah. Kami ingin belajar untuk mentaati perintah-Mu. Kami belajar untuk menjadi hamba-Mu yang soleh dan solehah. Kami seringkali jatuh dan bangun, jatuh dan bangun lagi, dan lagi. Semoga kami terus dipimpin oleh-Mu. Duhai Allah"

ameen..

kasih sayang, cinta itu suci jangan dicabuli

Sunday, August 29, 2010

MENGENALI WANITA

Ramai yang tidak tahu bahwa ada beberapa pekara yang telah terkait dalam hadis yang mengisahkan perbezaan kaum wanita dan lelaki. Perbezaan ini yang menaikan darajat kaum wanita. Ciri-ciri tersebut diuraikan di bawah ini :-

1. Doa perempuan lebih makbul daripada lelaki kerana sifat penyayang yang lebih kuat daripada lelaki. Ketika ditanya kepada Rasulullah akan hal tersebut, jawab baginda, "Ibu lebih penyayang daripada bapa dan doa orang yang penyayang tidak akan sia-sia".

2. Apabila seseorang perempuan mengandung janin dlm rahimnya,maka beristighfarlah para malaikat untuknya. Allah mencatatkan baginya setiap hari dgn 1,000 kebajikan dan menghapuskan darinya 1,000 kejahatan.

3. Apabila seseorang perempuan mula sakit hendak bersalin,maka Allah mencatatkan baginya pahala orang yang berjihad pada jalan Allah.

4. Apabila seseorang perempuan melahirkan anak,keluarlah dia dari dosa-dosa seperti keadaan ibunya melahirkanya.

5. Apabila telah lahir anak lalu disusui, maka bagi ibu itu setiap satu tegukan daripada susunya diberi satu kebajikan.

6. Apabila semalaman ibu tidak tidur dan memelihara anaknya yang sakit, maka Allah memberinya pahala seperti memerdekakan 70 hamba dengan ikhlas untuk membela agama Allah.

7. Barangsiapa yang mengembirakan akan perempuannya, darajatnya seumpama orang yang sentiasa menangis kerana takutkan Allah dan orang yang takutkan Allah akan diharamkan api neraka keatas tubuhnya.

8. Barangsiapa membawa hadiah, (barang makan dari pasar ke rumah)lalu diberikan kepada keluarganya, maka pahalanya seperti bersedekah. Hendaklah mendahulukan anak perempuan daripada anak lelaki. Maka barangsiapa yang menyukakan anak perempuan seolah-olah dia memerdekakan anak Nabi Ismail.

9. Tiap perempuan yang menolong suaminya dalam urusan agama,maka Allah memasukkan dia ke dalam syurga lebih dahulu daripada suaminya (10,000 tahun)

10. Perempuan apabila sembahyang lima waktu, puasa bulan Ramadhan,memelihara kehormatannya serta taat akan suaminya, masuklah dia dari pintu syurga mana sahaja yang dikehendaki.

11.Wanita yang solehah (baik) itu lebih baik daripada 1,000 lelaki yang soleh.

12.Aisyah berkata, "Aku bertanya kepada Rasulullah, siapakah yang lebih besar haknya terhadap wanita?? Jawab Rasulullah,"Suaminya." "Siapa pula berhak terhadap lelaki?" Jawab Rasulullah, "Ibunya".

13.Apabila memanggil akan engkau dua orang ibubapamu, maka jawablah panggilan ibumu dahulu.

14.Wanita yang taat akan suaminya, ikan-ikan di laut, burung di udara, malaikat di langit, matahari dan bulan semua beristighfar baginya selama mana dia taat kepada suaminya serta menjaga sembahyang dan puasanya.

15. Wanita yang taat berkhidmat kepada suaminya akan tertutup pintu-pintu neraka dan terbuka pintu-pintu syurga. Masuklah dari mana? mana pintu yang di kehendaki dengan tidak dihisab.

16. Syurga itu dibawah tapak kaki ibu.

17. Wanita yang tinggal bersama anak-anaknya akan tinggal bersama aku (Nabi s.a.w) di dalam syurga.

18. Barangsiapa mempunyai tiga anak perempuan atau tiga saudara perempuan atau dua anak perempuan atau dua saudara perempuan lalu dia bersikap ihsan dalam pergaulan dengan mereka dan mendidik mereka dengan penuh rasa takwa serta bertanggungjawab, maka baginya syurga.

19. Daripada Aisyah r.a. Barangsiapa yang diuji dengan sesuatu daripada anak-anak perempuannya, lalu berbuat baik kepada mereka, maka mereka akan menjadi penghalang baginya daripada api neraka.

Jadi, janganlah sesekali kita merasa lemah. wanita sebenarnya yang membuat seseorang lelaki itu kuat. Itulah salah satu sebab mengapa Nabi meletakan wanita setaraf pada lelaki dan tidak lebih rendah

Friday, August 20, 2010

Tanda-tanda tewasnya jiwa kita

Apabila hati manusia telah mati atau menjadi keras, apabila hati manusia telah menjadi padam dan tidak bersinar lagi atau apabila ia telah tumpas dalam pertarungannya menghadapi syaitan maka terbukalah pintu-pintu masuk segala kejahatan terutama ke dalam dirinya, kerana syaitan itu meresap ke dalam diri anak Adam sebagaimana pengaliran di dalam tubuhnya.

Sebenarnya apabila benteng pertahanan dan kekuatan manusia telah runtuh maka syaitan akan kembali menjadi teman karibnya sebagaimana firman Allah: Syaitan telah menguasai mereka lalu menjadikan mereka lupa mengingat Allah, mereka itulah golongan syaitan. Ketahuilah, bahawa sesungguhnya golongan syaitan itulah golongan yang merugi. (Surah Al-Mujadalah 58: Ayat 19)

Inilah kandungan maksud yang dibayangkan oleh Al-Quran Al-Karimyang menyatakan: “Iblis menjawab: “Karena Engkau telah menghukum saya tersesat, saya benar-benar akan (menghalang-halangi) mereka dari jalan Engkau yang lurus. Kemudian saya akan mendatangi mereka dari muka dan dari belakang mereka, dari kanan dan dari kiri mereka dan Engkau tidak akan mendapati kebanyakan mereka bersyukur (taat).” (Surah Al-A’raf 7: Ayat 16-17)

Sebenarnya selain dari penyakit di atas terdapat satu penyakit lain yang paling berbahaya iaitu penyakit was-was, syaitan menyebabkan mereka merasa was-was dalam setiap urusan hidup mereka dengan tujuan memesongkan mereka dari jalan Allah.

Dalam hal ini Rasulullah bersabda: “Sesungguhnya syaitan itu menghasut anak Adam dengan berbagai cara. Lalu (pertamanya) ia menghasut melalui jalan agama Islam itu sendiri dengan berkata: Apakah kamu menganut Islam dan meninggalkan agamamu dan agama nenek moyangmu?. Anak Adam enggan mengikutinya dan tetap berpegang dengan Islam. Kemudian dia menghasut pula di jalan hijrah, lalu dia berkata: Adakah anda ingin berhijrah meninggalkan tanah air dan kampung halaman? Lalu anak Adam mengingkarinya dan tetap berhijrah. Kemudian syaitan menghasut pula di jalan jihad dengan berkata: “Adakah engkau ingin sedangkan jihad itu membinasakan jiwa dan harta benda engkau, kemudian engkau berperang lalu engkau dibunuh, kemudian isteri engkau dikahwini orang dan harta kekayaan engkau dibahagi-bahagikan. Lalu anak Adam tetap mengingkari syaitan dan terus berjihad. Kemudian Rasulullah Sallallahu’alaihiwasallam bersabda: Maka sesiapa yang bersikap demikian kemudian ia mati maka adalah hak Allah Subhanahuwata’ala memasukkannya ke dalam syurga”.(Hadis riwayat Al-Nasa’i)

Alangkah baiknya jikalau anda dapat menatap kisah antara syaitan dan seorang Rahib Bani Israil dalam tafsir ayat Surah Al-Hasyr 59: Ayat 16: “(Bujukan orang-orang munafik itu adalah) seperti (bujukan) syaitan ketika dia berkata kepada manusia: “Kafirlah kamu”, maka tatkala manusia itu telah kafir, maka ia berkata: “Sesungguhnya aku berlepas diri dari kamu, kerana sesungguhnya aku takut kepada Allah, Rabb semesta alam”.

Thursday, August 19, 2010

Manfaat Berpuasa

Assalamu'alaikum Wr.,Wb.
Sahabat yang berbahagia, khususnya yang Muslim...
Maaf jika pesan ini terlambat disampaikan.
Sahabat,
Puasa adalah kemanfaatan yang tidak mengandung bahaya. Dengan penyempurnaan puasa ini, Allah SWT akan memberikan hidayah kepada hamba-Nya. Jika Allah memberikan taufiq kepada Kita untuk menyempurnakan ibadah puasa ini dalam rangka menaati Allah, maka ia adalah hidayah dan hadiah yang patut disyukuri dan selayaknya Allah dimahabesarkan atas karunia hidayah tersebut.

Dan hendaklah kalian mencukupkan bilangannya dan hendaklah kalian mengagungkan Allah atas petunjuk-Nya yang diberikan kepada kalian, supaya kalian bersyukur.
(QS. Al-Baqarah: 185)

Allah SWT telah mengistimewakan bulan Ramadhan. Mengenai hal itu terdapat beberapa ayat dan hadits. Nabi SAW bersabda,

Jika bulan Ramadhan datang, pintu-pintu surga dibuka, pintu-pintu neraka ditutup, setan-setan dibelenggu, kemudian seorang penyeru berseru, "Wahai pencari kebaikan, kemarilah! Wahai pencari kejahatan, berhentilah!" (HR. Thabrani)

Pintu-pintu surga dibuka, karena manusia berbondong-bondong melaksanakan ketaatan, ibadah, dan taubat, sehingga jumlah pelakunya banyak. Setan-setan dibelenggu, karena manusia akan beralih kepada kebaikan, sehingga setan tidak mampu berbuat apa-apa. Hari-hari dan malam-malam Ramadhan, merupakan masa-masa kemuliaan yang diberikan oleh Al-Haq SWT., agar orang-orang yang berbuat baik menambah kebaikannya dan orang-orang yang berbuat jahat mencari karunia Allah SWT sehingga Allah mengampuni mereka dan menjadikan mereka hamba-hamba yang dicintai dan didekatkan kepada Allah. Keutamaan dan keistimewaan paling besar bulan ini adalah bahwa Allah SWT telah memilihnya menjadi waktu turunnya Al-Qur'an. Inilah keistimewaan yang dimiliki oleh bulan Ramadhan.

Di bulan yang penuh rahmat ini, marilah kita berlomba menuju seruanNya untuk beribadah dan menjadikan bulan ini madrasah bagi kita untuk mengumpulkan bekal mengarungi 11 bulan setelah ramadhan yang tentu saja penuh dengan godaan dan cobaan. Berdoalah, memohon kepada Allah SWT agar bulan ini menjadikan kita hamba-hambaNya yang bertaqwa Secercah harapan di bulan Ramadhan adalah Cahaya kehidupan menuju insan yang lebih baik di kemudian hari. Dan jadikan juga bulan ini untuk memperkokoh ikhtiar kita untuk berada di jalanNya, untuk menghasilkan yang terbaik dalam hidup dalam berbagai usaha dan kegiatan yang kita lakukan.

Kalau berikhtiar dan berdoa ternyata tidak membuahkan hasil seperti yang kita harapkan, yakinlah bahwa di balik semua kegagalan pasti ada hikmah yang lebih baik. Boleh jadi kita membenci sesuatu, namun di balik itu ada hikmah kebaikan. Sebaliknya, boleh jadi kita menyukai sesuatu, namun di balik itu ada keburukan. Karenanya, kita harus selalu berprasangka baik pada Allah, bahwa Allah hanya akan memberikan yang terbaik untuk kita.

“… Boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu; Allah mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui.” (Q.S. Al Baqarah 2: 216)
Semoga bermanfaat.

Selamat Menunaikan Ibadah Puasa, Semoga kita kembali fitrah diakhir Ramadhan kelak..Amin

kelebihan selawat

Dalam satu kitab...ada menceritakan kisah seorang perompak yg hidupnya yang suka merompak kabilah di padang pasir...
hidupnya di waktu muda penuh dengan dosa....selalu merompak kabilah yang lalu di padang pasir...

Pada satu hari..di usia yang tua...dia berkata kepada anaknya..
"nak,jom teman ayah pergi ke Mekah...ayah rasa tahun ini adalah tahun terakhir ayah"
lalu anaknya pun menjawab..."baiklah ayah"...

mereka berdua pun pergilah ke Mekah...
ditakdirkan oleh Allah...si ayah ini sakit dalam perjalanan hendak ke mekah...
anaknya berkata..."ayah,ayah sakit...marilah kita menangguhkan perjalanan kita ke mekah"...
lalu ayahnya berkata..."kita perlu meneruskan perjalanan sehingga kita akan berhenti di suatu tempat"...
anaknya kata..."baiklah ayah..."

lalu ditakdirkan Allah sekali lagi...ayahnya meninggal dunia di suatu tempat iaitu di kawasan yang di penuhi pokok-pokok....
lalu wajah dan tubuh ayahnya itu menjadi hitam-hitam selegamnya...
si anak ini menangis dengan teresak-esak...
sambil berdoa...."ya Allah...kau ampunkanlah dosa ayah aku ini ya Allah,aku mohon kepada mu ya Allah...
dalam sambil anak itu menangis...tiba-tiba dia tertidur.....

lalu ia bermimpi...si anak ini ternampak seorang lelaki yang begitu segaknya...
berseri-seri,jubah putih yang seputih-putihnya,dengan serban yang begitu kemas dan cahaya yang begitu bersinar sekali..
lalu lelaki ini menghampiri si anak dan mayat ayahnya itu...
lelaki tadi memegang kepala si ayah yang telah mati tadi...tiba-tiba mayat si ayah tadi bertukar seperti sedia-kala..
malah lagi berseri-seri lagi...
lalu si anak tanya kepada lelaki itu...
"Siapakah engkau?"
lelaki itu menjawab..."akulah Rasulullah S.A.W"...
si anak terkejut lalu bertanya lagi kepada Rasulullah...
"Ya Rasulullah...kenapa mayat ayahku menjadi hitam??"
Rasulullah menjawab..."kerana sewaktu dia hidup...dia dipenuhi dengan dosa"
si anak ini bertanya lagi..."kenapa ketika Rasulullah memegang kepala ayahku...mayatnya bertukat menjadi seperti sedia kala bahkan berseri-seri lagi wajah mayat itu...
Rasulullah menjawab..."kerana ketika ayahmu hidup...dia selalu berselawat ke atas ku..lalu aku telah mendapat kebenaran untuk memberi syafaat kepada ayah mu itu.......

imam pernah berkata jika kita selawat keatas nabi walaupun hanya sekali..nescaya Allah akan selawat ke atas kita sebanyak 10 kali....

jadi...marilah kita berselawat keatas nabi...semoga kita akan mendapat syafaat nabi Muhammad S.A.W.....