Islamic Widget

itu aki

Tuesday, April 19, 2011

Kecantikkan semulajadi


Amalkan 3 perkara ini

1) Makan madu 2 kali sehari
- sebelum sarapan pagi
- sebelum tidur
2) Jangan minum air sejuk selalu

3) Jangan makan makanan yang masam selalu

4) Jangan minum air yang berkabonat

5) Manjakan diri dengan bersukan


InsyaAllah anda akan cantik dengan semula jadi
dalam masa setahun......

(: ......Selamat Beramal Semua..... :)


Monday, April 18, 2011

Kekecewaan Sedang Melanda Diri ku



Jangan kecewa jika kita di kecewa oleh seseorang....
Itulah prinsip yang selalu aku pegang...
Tetapi...
Kekecewaan kali ni begitu mendalam sekali...
Sehingga menusuk di kalbu...

Adakah aku sudah di lamun cinta??
Adakah aku cintakan dia??
Sedangkan cinta kepada pencipta pun aku tak jaga...
Ini kan pula mengharapkan cinta dari si dia...

Ya Allah
Betapa lemahnya hambamu ini Ya Allah dalam Percintaan...
Kuatkan la hati ku ini....
Jangan pernah kau putuskan hubungan antara aku dan Engkau...
Juga dengan si dia walaupun seinci.....

Aku mohon kepada Mu...
Eratkan la hubungan antara Aku dan Engkau...
Dan eratkan la hubungan aku dengan dia sebagai seorang rakan....

Amin Amin Amin....

Yang Ikhlas:
Muhammad Najmuddin b Jaafar

Kecewa Itu Bersifat Sementara


Kecewa itu sementara saja sakitnya....
Kecewa mengajar kita erti kesabaran...
Kecewa juga tidak akan berulang berkali-kali...
Kecewa juga petanda dari Allah kepada kita...
Bahawa Allah begitu sayang kepada kita...

Setiap manusia mempunyai kekecewaan masing-masing...
Dari segi percintaan,perhubungan,pelajaran dll...

Cara untuk menghilangkan kekecewaan ialah...
1) Bermuhasabah...
2) Dail 24434...
3) Membaca Al-quran...
4) Selawat kepada Rasulullah...
5) Berzikir...
6) Berdoa kepada Allah...

Allah memberi kita kekecewaan kerana Allah ingin menguji kita...
Allah begitu sayang kepada kita...
Allah ingin melihat adakah kita sabar(beriman) ketika menerima ujian itu...
Sebab itu kita harus bersabar dan fikir positif....

Jadi jika di uji sedemikian...
Maka hendaklah kita menerima ujian itu dengan hati yang terbuka...

(: ...Selamat Beramal... :)

Saturday, April 16, 2011

Niat Ku Ikhlas


Wahai sahabat....
Nawaituku hanya Allah....
Bukan Untuk mengambil kesempatan..

Ku tahu....
Engkau baru mengenali Dunia....
Niatku baik....

Aku berkawan bukan kerana syaitan...
Tetapi kerana Allah...
Aku berkawan bukan kerana kecantikkan mu....
Tetapi kerana Allah...
Aku berkawan bukan kerana nafsu...
Tetapi kerana sifat yang mulia ada pada diri mu...

Wahai sahabat....
Engkau telah menarik perhatian ku untuk berkawan dengan mu...

Maafkan aku jika aku telah membuatkan mu tidak selesa selama ini...
Aku cuma ingin kan sebuah hubungan yang Ikhlas sebagai seorang rakan....

Yang Benar...

Muhammad Najmuddin B Jaafar

Sunday, April 10, 2011

Khas Utk Mereka


Aku ingin meminta maaf...
Ye mungkin aku terkasar bahasa...
Kerana dari situ kita kehilangan segala amalan yang kita lakukan selama ini
Tidak salahkan jika aku ingin meminta maaf...

Jangan disebabkan 1 status itu...
Hubungan kekeluargaan kita akan renggang...
Mula tidak menegur antara 1 sama lain...
Aku tidak ingin seperti itu berlaku...
Buang yang keruh, ambik yang jernih... ^_^

Kerana kita sedang berdebat yang ntah betol atau tidak....
Jadi berdamai secara baik adalah satu jalan yang mulia...
Masing2 ingin menunjukkan parti mereka yang betol...
Maafkan aku sekali lagi...

Aku menulis ini bukan bermakna menyerah kalah...
Tidak....
Kita mempunyai perjuangan yang berlainan...
Tak sama...
Tapi jangan disebabkan perjuangan yang berlainan menyebabkan hubungan kekeluargaan renggang....
Kerana itu adalah salah satu dosa besar....

Semakin Kita berbicara....
Semakin banyak pahala yang kita hilang...

Status itu akan di delete dalam masa 2-3 hari dari skarang...
Bukan takut...
Tapi xelok utk tatapan umum...
bergadoh sesama keluarga....

Berkata Benar Walaupun Pahit
Selamat Beramal dari Sy:

Muhammad Najmuddin Bin Jaafar
:) (:

Wednesday, April 6, 2011

Dia


Siapakah dia??
kali pertama bertemu di Tesco ampang....
Umur pula sebaya...
1 sekolah..tetapi tak pernah tau yang dia sekolah di situ...
Alhamdulillah.....inilah yang dikatakan sahabat....
Saling membantu antara satu sama lain...
Dia klakar....
Dia baik...
Dia Happening.....
Tapi Dia suka bergadoh dengan sy...haish.....
Walaupon suka bergadoh...
Tetapi itulah yang mematangkan kita sebagai seorg sahabat.....

Selamat Beramal Semua.... :)

Tuesday, April 5, 2011

Tidak Pernah Rasa Sayang Ini Seperti Sayang Manusia


Bila kita sayang manusia....kita akan rasa bahagia....tp xkekal...
tetapi bile kita sayang haiwan peliharaan....kita akan rasa sayang yg lain dari yg lain...
serius...

apabila melihat gelagat haiwan belaan ciptaan Allah ini....
seperti kucing,hamster dan burung....
hatiku begitu tenang sekali melihat haiwan2 ini....
aku sentiasa tersenyum melihat haiwan ciptaan Allah ini...
ia begitu comel skali...
kerana ia di cipta utk manusia...
untuk manusia menghargai ciptaan Allah....

tp syg....xramai yg mempunyai sifat sebegitu rupa....
Rasulullah pun syg akan haiwan belaan iaitu kucing...
pernah di ceritakan sewaktu Rasulullah ingin ke Masjid....
kucing belaan Rasulullah tidur diatas jubah yg selalu di pakai oleh Baginda....
Rasulullah memotong bahagian jubah tempat kucing itu tidur..
kerana Baginda tidak mahu mengacau kucing yg sedang berehat....
SubhanAllah...betapa Rasulullah syg sgt kpd haiwan2 itu...

SubhanAllah...renung2 kan la....


Monday, April 4, 2011

Rindu Kepada Mereka


Mereka sentiasa sibuk.....tiada masa untuk on9 seperti aq....
xp la......aq mengharapkan kpd mereka supaya hubungan persahabatan xterputus...

kpd Jannah,Fiera,Mozen,Lina dan Fiqah....
harap2 ukhwah kita tdk terputus.... :)