Islamic Widget

itu aki

Friday, February 25, 2011

Monday, February 21, 2011

Pertemuan Sahabat yang Allah Tentukan

Entry kali ni santai2 je.....

Jannah,Fiera n Pikah
Alhamdulillah....Allah menemukan dgn insan yg bernama kawan seperti mereka....
payah heh nak dapat kawan seperti mereka ni....
walaupun kami tak pernah jumpa...tapi ukhwah kami tidak putus.....

Sejarah pengenalan kami....

Jannah adalah kawan kepada kakak ku.....
pertama kali berkenalan dengan dia selepas spm 2009....
terasa diri ini begitu kerdil...
yela...kawan yang mempunyai ilmu pengetahuan yang luaskan...
saya ni apa la sangat.....
tapi seronok au berkenalan dengan dia ni....
ada je topik yang di bincangkan.....
terhibur bila berkawan dengan jannah ni....haha.....
walaupun jannah rumahnya berdekatan dengan kg atok saya...
tapi saya xpernah jumpa dia kerana saya seorang yang pemalu untuk berdepan dengan perempuan.....sifat semulajadi saya dari kecik hinggalah ke besar...
itu saja la....

ok....ini Fiera plak....
kitorang kenal masa selepas spm 2009...
kenal melalui myspace..
fiera juga seorang yg pandai dlm pelajaran....
sekali lagi diri ini terasa kerdil....huhu
tapi sayang...
.dia duduk kat pulau pinang....
yang saya ni pulak duduk kat KL...
jauh tu.....

ok yang terakhir iaitu pikah....
rasa2 saya da add pikah ni da lama da...
cume xpernah tegur....
tapi Alhamdulillah selepas raya tahun lepas kot...baru terasa nk berkenalan dengan pikah...
rupa2nya Jannah dengan Fiera da kenal lama da....
saya je terlambat....
ish4.....

mereka bertiga bersepakat memanggil saya atok....
tua sangat ka saya ni???
hahha
tapi xpe la.....
kami mengharapkan ukhwah kami sebagai sahabat tidak akan putus....

insyaAllah....kalau ada rezeki....
kami bertiga akan berjumpa satu hari nanti... :)




Sunday, February 20, 2011

Sifat2 Rasulullah

Rasulullah adlah seorg pemimpin yang agung....

Rasulullah adalah idola bukan artis....

Rasulullah S.A.W adalah insan yang:-
  • Paling penyabar,paling berani,paling adil dan paling menjaga diri.
  • Tiada sekali-kali tangan baginda menyentuh tangan wanita yang tidak dimilikinya selaku sahaya atau ikatan perkahwinan atau wanita itu muhrimnya.
  • Mengasihi umat dan menyayangi ahli bait dan sahabatnya.
  • Adalah baginda manusia yang pemurah hati,suka bersedekah apa yang ada pada dirinya,makanannya hanya tamar dan syair.Selebihnya adalah untuk fisabilillah
  • Menampal sandalnya(seliparnya) dengan kainnya dan mengurus kepentingan keluarga.
  • Sangat pemalu-tidak tetap pandangannya pada muka seseorang.
  • Suka memperkenankan undangan sahaya dan orang merdeka.
  • Menerima hadiah walaupun seteguk air/sepaha arnab dan membalas hadiah berkenaan.
  • Tidak memakan harta sedekah.
  • Tidak sombong
  • Memarahi dan melaksanakan kewajipan atas dasar kebenaran.
  • Tidak pernah meminta pertolongan orang musrik.
  • Suka berpuasa-mengikat batu pada perutnya apabila lapar-jika makan tidak pernah kenyang.
  • Paling beradap dalam makan-Antaranya-makan tanpa bersandar dan tanpa meja-saputangannya adalah kedua tapak kaki.
  • Lebih mengutamakan diri orang lain daripada diri baginda sendiri.
  • Tawaddak dan tenang.
  • Tidak terganggu dengan urusan dunia.
  • Menyukai jubah bulu/syamlah.
  • Bercincin perak di jari manis kanan dan kiri.
  • Mengunjungi orang sakit
  • Berkenderaan keldai dan unta
  • Menyukai bau-bauan
  • Duduk dan makan bersama orang miskin
  • Berbuat baik dengan kaum bangsawan.
  • Memuliakan orang yang berakhlak
  • Bergurau/tersenyum dan tidak mengatakan kecuali yang bena
  • Tidak takut pada raja kerana kerajaannya
  • Ummi dan hafiz/paling fasih/merdu bacaan Al-Qur'an/Lughah Arab.
  • Tidak pernah mencaci,memaki hamun , mengutuk , memfitnah , mengumpat , menganiaya ,hasad dengki, tamak haloba dan lain-lain.
  • Tidak memukul kecuali di jalan Allah SWT,Tidak berdendam,Tidak memutuskan silaturrahim.
  • Paling kuat ibadatnya,paling berilmu/arif,paling banyak taubat dan syukurnya dan lain-lain .
  • Memuliakan tetamu dan jiran tetangga.
  • Berkinayah/berdiam diri dengan tampak tanda tidak disukainya(makruh contohnya)
  • Pembela wanita
  • Suka menasihati
Dan banyak Lagi.............


Banyakkanlah berselawat keatasnya...semoga kita semua dikenali oleh Baginda Rasulullah S.A.W.......

Friday, February 18, 2011

Sheikh Mishary Rashed Alafasy

Search Resu

Sheikh Mishary Bin Rashed Alafasy seorang ulama yang terkenal di Kuwait...
    Bacaan Al-Qurannya yang begitu merdu.....sini....
    SubhanAllah...setanding dengan ulama2 besar di Mekah....
    Dilahirkan di Kuwait bersamaan 5 september 1974....
    Menjadi imam di Masjid Al Kabir (Masjid besar Kuwait)
    Mengetuai solat Terawih semasa bulan Ramadhan....
    Pernah belajar di Universiti Islam Madinah...


    info from wikipedia

    saya tulis ni kerana saya meminati beliau menyampaikan dakwah melalui cara bacaannya...


    Thursday, February 17, 2011

    Nabi Muhammad adalah Nabi yang teristimewa

    Setiap Nabi yang di utuskan adalah dari kalangan Bani Israel....
    mempunyai masa yang telah di tetapkan oleh Allah....
    contoh seperti kaum sodom`yang Allah utuskan nabi Luth A.S ke sana....
    Nabi Musa untuk firaun...
    Nabi Ibrahim untuk Raja Namrud....
    Nabi Daud,Nabi Sulaiman dan juga Nabi Yusha di utuskan untuk kaum Bani isrel...

    Tetapi Nabi Muhammad S.A.W di utuskan untuk semua umat...
    tidak kira bangsa apa pun....kerana islam adalah untuk semua makhluk Allah....

    Setiap nabi dari Bani Israel mempunyai mukjizat yang tersendiri...
    seperti Nabi Daud yang boleh melembutkan besi....
    Nabi Sulaiman yang boleh menundukkan angin,jin,syaitan....
    serta boleh memahami kata2 haiwan....
    Nabi Musa mempunyai tongkat yang boleh membelah laut dan menjadi ular.....
    Nabi Isa yang boleh menghidupkan orang mati,menyembuhkan penyakit....

    Tetapi Nabi Muhammad juga yang paling istimewa...
    kerana Nabi Muhammad mempunyai mukjizat yang tersendiri....
    cuba lihat di sini.....
    Sesungguhnya....sememangnya Mukjizat Nabi Bani Israel ada pada Nabi Muhammad S.A.W..
    subhanAllah.....
    Muhammad utusan Yang terakhir....

    Diharap anda di luar sana....
    Jangan tertipu dengan Dakyah Kristian..
    Kerana mereka akan mengatakan bawaha Nabi Isa A.S sebagai Nabi terakhir....
    Kita sebagai umat islam perlu percaya dan yakin akan janji2 Allah...

    Selamat Beramal semua....


    Sunday, February 6, 2011

    Nama Muhammad Tersebar Di Dalam Kerajaan Langit

    Kalau kita rajin baca kitab2 agama,maka kita akan temui banyak kisah mengenai para Nabi......
    Cerita itu tidak ditulis oleh para Ulama tempatan tetapi Ulama di Mekah yang menukilankan mengenai perkara ini....

    Misalnya ada sebuah kitab yang menerangkan bab : " Hubungan alam dengan nama Muhammad S.A.W " di dalam kitab tersebut di nukilankan begini:

    " Diantara kelebihan yang dikurniakan oleh Allah S.W.T kepada Nabi Muhammad S.A.W sebagaimana diriwayatkan di dalam athar ialah tersebarnya nama Muhammad S.A.W dalam Kerajaan Langit.....

    " Berkata Ka'ab al-Ahbar: " Sesungguhnya Allah menurunkan kepada Adam A.S tongkat2 sebanyak bilangan para nabi dan rasul. Kemudian dia menghadap kepada anaknya,Syith A.S lalu bersabda:

    " Wahai anakku! Engkau adalah penggantiku setelah ketiadaanku. Maka Ambillah ia dengan ketakwaan dan ikatan yang kukuh. Setiap engkau menyebut nama Allah, maka hendaklah engkau menyebut disampingnya nama Muhammad S.A.W kerana aku melihat nama Baginda S.A.W tertulis di kaki Arasy....

    " Ketika itu aku berada di dalam proses didalam kejadian ku antara roh dan tanah. Kemudian aku tawaf tujuh petala langit, maka aku tidak melihat di tujuh tingkatan langit itu suatu tempat yang melainkan nama Muhammad S.A.W tertulis di atasnya......

    " Sesungguhnya Tuhanku telah mendudukkan aku di dalam syurga, maka aku tidak melihat pada istana2 dan bilik2 di dalam syurga melainkan nama Muhammad S.A.W tertulis di atasnya.....

    " Sesungguhnya aku juga telah melihat nama Muhammad S.A.W tertulis diatas dada bidadari2, daun pokok beruas rimba syurga, daun pokok tuba, daun Sidratul Muntaha, hujung2 tabir diantara mata2 Malaikat.......

    " Maka hendaklah engkau sentiasa menyebut namanya kerana para Malaikat menyebutnya pada setiap saat. "[Al-Mawahib al-Ladunniyyah]

    Pengarang kitab berkata : " Sesungguhnya Ibnu Taimiyyah telah menyebut khabar seperti ini, katanya : " Telah diriwayatkan bahawa Allah S.W.T telah menulis nama Baginda S.A.W di atas Arasy dan di pintu2 kubah2 dan daun2 syurga.....

    " Berhubung dengan perkara itu, diriwayatkan juga beberapa athar yang bersamaan dengan hadis-hadis ini, yang menerangkan tentang ketinggian nama Baginda S.A.W dan ketinggian sebutannya ketika itu......

    " Di dalam Riwayat Ibnu al-Jauzi daripada Misarah R.A berkata : " Aku berkata : " Wahai Rasulullah! Bilakah Tuan menjadi Nabi? Jawabnya :

    " Setelah terjadinya bumi, kemudian Dia menuju dengan kehendaknya kearah (bahan-bahan) langit, lalu diciptakan tujuh langit dan menjadikan Arasy, ditulis dikaki Arasy : "Muhammad Rasulullah penutup segala Nabi ", dan Allah menjadikan syurga yang diduduki oleh Adam A.S dan Hawa A.S .

    " Maka Allah menulis namaku di atas pintu2, di daun2, kubah2 dan khemah2 syurga. Ketika itu Adam A.S berada didalam proses kejadiannya diantara roh dan jasad....

    " Maka taktala Allah menghidupkannya, dia melihat kepada Arasy, maka dia melihat namaku dan Allah mengkhabarkan kepadanya bahawa dialah penghulu kepada anak-anakmu......

    " Ketika syaitan telah memperdayakan mereka berdua, masing masing bertaubat dan memohon syafaat dengan namaku kepadaNya". - Al-Fatawa

    Bahan ini dinukilkan dari kitab karya ulama besar Al-Allamah Al-Muhaddith Prof. Dr. Sayyid Muhammad Ibn Alawi Al-Malik Al-Makki Al-Hasani R.A .

    Semoga Allah Mencucuri Rahman keatas Rohnya...amin......