Islamic Widget

itu aki

Friday, October 22, 2010

perbezaan antara Sahabat,Kawan,Rakan dan Teman

salam...ap kabar sume.....ini adalah permintaan dari seorang sahabat sy....
sy sendiri pon tak tau perbezaan nye..tp ble permintaan seorg sahabat ini..sy gagahkan la gak tuk cari perbezaan tu...alhamdulillah...sy da jumpe disebalik maksud sahabat,kawan,rakan dan teman...
sy buat ni utk korang fikir siapakah sahabat anda,siapakah kawan anda,siapakah rakan anda dan siapakah teman anda.....

Sahabat

sahabat adalah seorang individu yg penting dalam diri sy selepas keluarga sy...mereka tiada hubungan kekeluargaan dengan sy...sahabat sy adalah org yg memberi manfaat kpd sy slepas keluarga sy...

sahabat sy adalah seorang setiakawan...sahabat seperti keluarga sy...bersama sy ketika susah dan senang..tempat untuk kita meluahkan perasaan suka dan duka selepas keluarga...sahabat sanggup berjuang demi kebaikan sy. Sahabat adalah org yang mampu menyimpan rahsia dan keaiban sy. Mereka akan sentiasa melindungi sy seperti keluarga sy melindungi sy...

mereka tdk semestinya mempunyai minat yg sama dgn sy...mereka sentiasa ad jika sy memerlukan mereka...sahabat akan membuat sy begitu selamat ketika bersama mereka sbb mereka adalah org yg setiakawan..Sahabat adalah org2 yang sangat menyayangi sy...

sahabat kadangkala adalah pelindung sy,penyelamat sy dan pemberi semangat kepada sy slepas keluarga sy.....


Kawan

Kawan sy ialah seorang yang boleh berkongsi lebih dari satu perkara seperti minat, hobi, perasaan, perjuangan dan sebagainya biarpun bukan dari organisasi yang sama. Kawan ialah orang yang selalu berinteraksi dengan saya dan saya mengenali beberapa fakta peribadi mengenai dirinya.

Kami selalu memiliki masa untuk bersama, bergembira, berseronok dan sebagainya. Kawan biasanya terjadi apabila seseorang itu menemui individu yang lain, yang memiliki persamaan seperti hobi, minat, sikap, tabiat dan pemikiran yang sama dengan dirinya. Sy selalunya berasa seronok dan terhibur apabila bersama-sama kawan saya.

Kawan mungkin boleh berkongsi kesedihan dan kegembiraan, tetapi mereka selalunya tidak akan pergi lebih jauh daripada itu. Malah, sekiranya tidak sependapat, hubungan kawan mungkin boleh terputus.


Rakan

Rakan sy ialah perantaraan antara kawan daan kenalan. Rakan ialah orang yang berkongsi minat, kerjaya, hobi, permainan, guru, kelas, matlamat dan sebagainya dalam satu organisasi atau kumpulan seperti persatuan, kelab, syarikat, pertubuhan dan sebagainya. Contohnya, sy ada rakan satu tingkatan, rakan satu sekolah, rakan satu kelab dan sebagainya.

Rakan biasanya orang yang boleh mewujudkan kerjasama. Contohnya sy boleh belajar bersama-sama dengan rakan sekelas sy, sy boleh membuat tugasan berkumpulan bersama-sama rakan satu tingkatan sy, sy bekerjasama dengan rakan-rakan sepasukan untuk menewaskan pihak lawan dalam pertandingan bola sepak, sy dan rakan-rakan sekerja mengadakan mesyuarat untuk syarikat kami dan sebagainya.

Ada rakan yang rapat, ada pula rakan yang boleh dianggap sebagai sahabat, ada pula rakan yang boleh dianggap sebagai kawan, dan ada pula rakan yang hanya boleh dianggap sebagai kenalan.

Teman


Teman sy mungkin wujud sebagai rakan. Contohnya rakan chatting, rakan internet dan rakan blogger. Apabila sy mengenali seseorang itu dalam bentuk atau identiti tertentu, maka dia adalah kenalan. Kenalan sy adalah orang yang pernah berinteraksi dengan sy tetapi sy tidak dapat mengesahkan identiti atau kewujudannya sebenar. Sy perlu berwaspada dengan kenalan-kenalan internet sy kerana, di luar alam siber, mereka tidak semestinya orang yang sama seperti yang sy pernah kenal di internet.

Kenalan sy boleh meluahkan perasaan mereka, masalah mereka kepada sy menerusi ruangan komen, e-mel dan kemudahan-kemudahan interaksi yang lain di internet, tetapi tidak 100% boleh dipercayai. Kenalan kadangkala wujud sebagai satu hiburan, tetapi kadangkala tidak mustahil mereka boleh memberi kebaikan kepada sy menerusi perkongsian pendapat, idea dan penyelesaian masalah.



jd..itulah perbezaan antara sahabat,kawan,rakan dan teman...anda yg tentukan siapa sahabat anda....selamat beramal semua.... :)

Thursday, October 14, 2010

Selamat beramal ~

"ko jaga kubur ko..jgn jaga kubur aq" itu la ungkapan yg akan di ucp oleh manusia yg xbley terima nasihat n kritikan...

manusia ! kita hidup di dunia ni hanya sementara...ingat mengingati antara satu sama len adalah wajib...jika se2owg itu melakukan kesalahan...wajib la kita untuk menegur nya..lau x..akhirat nnt Allah akn menyoal kita knp kita tdk menegur si polan..

sebuah hadis Rasulullah yg diriwayatkan oleh bukhari yg berbunyi:
jika kamu ternampak sesuatu kemungkaran,maka cegah la ia dengan tangan,jika tidak mampu,guna la mulut kamu,jika tidak mampu juga maka gunakan la hati kamu...

Dikhabarkan dari Aisyah r.a mengatakan bahawa Rasulullah s.a.w apabila melihat hujan, baginda berkata:”Semoga hujan yang bermanfaat.”

(al-Bukhari)
huraian hadis di atas :-
Setiap perkataan yang keluar daripada mulut anak Adam adalah datang daripada niat dalam hatinya. Orang yang suka mengeluarkan kata-kata yang baik mencerminkan keikhlasan hatinya dan kebaikan hati budinya. Manakala orang yang suka bercakap perkara-perkara yang buruk kebiasaannya berperangai tidak elok. Itulah persepsi biasa dalam masyarakat. Begitulah keadaannya bilamana kita inginkan sesuatu kebaikan janganlah kita berkata perkara-perkara yang berbentuk negatif kerana ia seumpama doa yang dipohon secara tidak langsung kerana sesungguhnya Allah S.W.T Maha Mendengar segala percakapan hamba-Nya. Justeru apa yang baik itu datangnya daripada Allah dan segala yang buruk itu datangnya daripada kesilapan kita sendiri.

mudahkan??jgn kita menjadikan statement di atas tu sbagai benteng kepada kita untuk tidak menerima nasihat owg len...jd...terima la nasihat mereka...
ad lg 1 statement yg berbunyi....

"ko ckp owg...tp ko xwat pon bnda tu..memandai je nasihat owg len..cermin dri dlu sbelom nasihat owg"

cukup menarik....jika perkara ini berlaku...kita terima la nasihat dia,ikuti la ckp dia..selepas itu..kita pula yang akan memberi nasihat kepada dia...

Dari Usamah bin Zaid r.a bahawa ia pernah mendengar Nabi SAW bersabda “Pada hari kiamat kelak seseorang itu akan dicampakkan ke dalam neraka, maka keluarlah ususnya dan dia berputar-putar seperti seekor keldai mengelilingi batu kisaran. Para penghuni neraka lainnya pun menghampirinya dan bertanya:”Wahai saudara, mengapa ini semua terjadi? Bukankah saudara adalah orang yang pernah menyuruh kepada-perkara makruf (kebaikan) dan mencegah perkara-perkara yang mungkar (kejahatan)?” Maka ia menjawab:”Benar, akulah yang pernah menyuruh kamu berbuat makruf dan melarang kamu berbuat kemungkaran, tetapi aku sendiri yang melanggarnya.”

(Bukhari & Muslim)

jadi...perlulah kita untuk menasihati antara 1 sme len walaupon nasihat itu menyakitkan hati kita...

selamat beramal ~

Friday, October 8, 2010

Fantasi Cinta

Riuh... ramai... gaduh... dan penuh kegembiraan
Taman hati berwarna warni
Panggung rumah paru-paru berdiri kokoh
Kolam cinta mengalir indah keawan kasih

Badan terasa sejuk...
Segar tak terkirakan
Rumput selaput nadi bergoyang lembut
Di tiup angin cinta sejati

Burung camar jantung menukik pelan
Hinggap di pohon tulang iga putih
Matanya melihat kearah taman hati
Pandangannya terpesona oleh pemandangan cantik

Bidadari cinta dan pangeran kasih sayang
Bersenda gurau diangan yang tinggi
Hati pun gembira...
Jiwa pun lega...

Ya Allah...
Abadikan keadaan ini
Agar menjadi pedoman
Bagi hati yang saling menyatu

Mentari sanubari tersenyum riang
Alam jiwa bergembira ria
Serentak...
Jiwa0jiwa riang berdansa di sekitar taman hati
Oooh...
Indahnya fantasi cinta

Lirik Lagu Yang Mendalam

Ku mengatur langkah jalan tanpa-tanpa bayangmu..
langit dan seta menemaniku...
Matahari menyinar tak pernah bepihak padaku..
ku kepanasan tanpa perlindungan mu...
Hari berganti hari aku masih teguh menanti..
hadir dirimu dalam hidupku ini...
Rasa kecewa ada kaki penat berlari..
namun yakin ku kau kan ku temui...

Ku takkan pernah cuba berhenti..
Langkahku mencari cinta..
Yang ku tahu hanya untuk diriku..
Kan terus cari sampai hujung dunia...

kerna ku tahu akan ku jumpa diri mu....(ooooohhhhh)
dan ku kan terus menempuh mimpi-mimpi ku selalu...(wooooooo)

ku lihat semua gembira..
Bila mengenali erti cinta..
Senyuman ku beri hanya duka..
Bila ingin teman tuk berbicara..

Cinta jangan sembunyi..
Mataku kabur mencari..
Hadirlah dalam hidup ku ini..

Cinta jangan engkau pergi bila langkah ku cuba..
Untuk Mengejar diri mu....

(AZFAR)

Friday, October 1, 2010

nafsu oh nafsu

Di sini...aku ingin berkongsi ilmu dengan korang semua...tajuk kali ini ialah tentang nafsu baik...semoga dengan artikel ini kita berubah menjadi yang lebih baik.....insyaAllah...

Tajuk artikel ini ialah nafsu jahat dan baik....

Nafsu adalah keinginan manusia yang tersirat dalam akal fikirannya. Ada nafsu yang baik, iaitu nafsu yang tidak bertentangan dengan hati nurani serta tidak melanggar perintah dan larangan yang Allah tetapkan. Namun ada pula nafsu yang buruk, iaitu nafsu yang hanya untuk memenuhi keinginan akal fikirannya saja, tanpa melibatkan hati nurani dan ketetapan Allah. Berikut ini adalah jenis-jenis nafsu menurut Islam.

kita mulakan nafsu yang buruk dahulu :

Nasfu Amarah :-

-adalah nafsu yang berbangga apabila membuat sesuatu kemungkaran.
-mereka adalah dari golongan yang suka bermaksiat dengan mata dan di hatinya.
-mereka adalah golongan para ahli neraka.

Nafsu Lawamah :-
-adalah nafsu yang menyedari apabila melakukan suatu kemungkaran.
-golongan ini beramal tetapi masih ada sifat riya, menghasut, dengki dan sebagainya.
-nafsu mereka tetap melakukan walaupun mereka tahu perkara itu salah.
-mereka adalah golongan para ahli neraka.

Nafsu Marhamah :-
-adalah nafsu yang dapat membuang sifat tercela dalam diri sendiri.
-walaupun begitu, mereka masih lagimengutuk diri sendiri.
-mereka adalah golongan para ahli neraka.


Kemudian nafsu-nafsu yang baik adalah :

Nafsu Mutmainah:-
-adalah nafsu yang lemah lembut.
-mereka mendapat ketenangan dan dapat menghilangkan gelisah/kecelaruan di jiwa/jiwa.
-mereka adalah dari golongan orang yang sholeh.
-golongan ini adalah dijamin ke syurga.

Nafsu Raudiah:-
-adalah nafsu yang berusaha melatih diri untuk mencintai Allah dengan sepenuh hatinya.
-mereka akan bergaul dengan orang banyak tetapi hatinya semata-mata hanya kepada Allah.
-mereka disebut sebagai Wali Allah.


Nafsu Kamaliah:-
-adalah nafsu yang sempurna, nafsu yang hanya dimiliki oleh para Nabi dan Rasul Allah.

Nafsu Mardiah:-
-adalah nafsu yang paling terbaik dan yang paling dicintai oleh Allah. Nafsu ini adalah nafsu yang paling di redhai Allah. adalah nafsu yang terbaik dan yang paling dicintai oleh Allah. Keredhaan tersebut terlihat pada anugerah yang diberikan-Nya berupa sentiasa berdzikir, ikhlas, mempunyai kesabaran, dan memperoleh kemuliaan, sementara kemuliaan yang diberikan Allah SWT itu bersifat universal, ertinya jika Allah memuliakannya, siapa pun tidak akan dapat menghinakannya, sebaliknya orang itu akan dihina oleh Allah SWT, tiada siapa pun yang dapat memuliakannya.
-mereka disebut sebagai Wali Allah.

jadi....pilihan di tangan anda....jika anda pilih yang baik..baik la jadinya...dan jika anda pilih yang buruk...buruk la padahnya..

Selamat Beramal... ~