Islamic Widget

itu aki

Sunday, September 25, 2011

Tak Perlulah Mahalkan...


Aku tidak la sempurna seperti Nabi Muhammad SAW, tidak la setampan Nabi Allah Yusuf AS, tidak la sekaya Nabi Allah Sulaiman AS dan tidak pula setabah Nabi Allah Ibrahim AS....

Aku nak tulis Entry kali ni sebab hari tu aku terbaca satu Artikel tentang perkahwinan.....
cuba baca kat bawah ni....

Nilai hantaran perkahwin masa kini

UPSR/PMR/SRP - RM1000 - RM3000
SPM - RM3000 - RM8000
STPM/DIPLOMA - RM8000 - RM12000
DEGREE - RM12000 - RM15000
2ND DEGREE/MASTER - RM15000 - RM20000
PHD. - RM20000 - RM30000

Ni harga standard tau...sbb kebanyakkan yang aku baca....
sume cakap benda yang sama...so aku percaya 50-50 la....
hahah

Tapi kat sini aku nak tekankan....
Perlu ke wang hantaran tinggi melambung??
Macam PHD tu???aku rasa xperlu la kan...
Yela...kalau kahwin mahal tu agaknye boleh kekal ke sampai k akhir hayat???
Buat sederhana suda...xperlulah mahal2....menyusahkan kaum lelaki je...

Uztaz Azhar Idrus


Hantaran yang terbaik ialah Al-Quran,wang hantaran xperlulah mahal2....
Menyusahkan orang lain adalah sesuatu yang boleh menjuruskan kita ke lembah dosa walaupon niat kita itu baik....

^^

Friday, September 23, 2011

Bukan Nak Berdendam


Entry kali ni ditujukan kat kawan aku....
Ko orang lama kat situ....
Aku respect kat ko....

So tolong respect aku...
Aku tak pernah sakitkan hati ko.....
Ko selalu buli aku...
Tapi aku xpernah nak balas....
Tiap2 hari ko buat aku....
Aku diam je....

Tapi hari ni memang marah kat ko...
Sebab ko da tolak kepala orang yang aku sayang....
Pastu ko cakap ngan dia yang bukan2....
Ko fikir ko sapa hah
Da besar sangat ke???

Ko boleh kutuk2 aku...
Boleh maki aku...
Boleh pukul aku...
Tapi jangan sesekali ko usik family dan orang yang aku sayang...
Ko xd hak nak usik diorg selain Allah....
Tolong lah....
Jangan ko usik diorg...
Usik aku xp....
Aku xkan marah ko....
Sebab aku bukan jenis pemarah...
Melainkan ko usik diorg...
Baru aku akan marah ko....

Sekian....

Thursday, September 22, 2011

Menanti Cinta

Sejak Lama Aku Berdiri...
Dalam Sepinya Ruang Hati
Tak satupun burung mampu menjawab...


Hanya padamu ku bertanya...
Lewat setiap sujudku ini..
Siapakah nanti cinta untukku....

Wahai Penilai Hati lihatlah batinku....
Nyaris bernanah kerna luka tersayang...
Merana menantikan cinta dan kasih hidupku...


Rahsia itu hanya Kau yang tahu...
Namun aku tak mau jadi tuna cinta...
tuntun hati ku dalam sabar menanti jodohku.....

:)


Jangan Marah


Entry kali ni khas untuk mereka yang suka marah2 kat luar sana....


Marah adalah perubahan sikap yang terhasil ketika hasil dari ketidakpuasan hati dalam diri kita...Allah menjadikan sifat marah itu dari api dan menjadikan sifat marah itu sebagai salah satu sifat bagi manusia...

Ada 4 kategori marah...
1)Lambat marah lambat nak eloknya
2)Cepat marah cepat pula eloknya
3)Lambat marah cepat eloknya
4)Cepat marah lambat pula eloknya
agak2 korang....korang di kategori mana??

pilih la...

Dari Abu Hurairah RA berkata seorang lelaki telah bertemu Sabda Rasulullah SAW...

"Wasiatkan kepada ku." Sabda Nabi "Jangan Marah." Kemudian Lelaki itu bertanya berulangkali. Baginda Menjawab "Jangan Marah". (HR Bukhari)

Orang yang marah adalah kawan kepada syaitan...betul x???
so jangan la marah.....syaitan amat suka bila kita marah....

Dari 'Atiah RA, Sabda Rasulullah SAW : "Sesungguhnya marah itu dari syaitan dan syaitan itu diciptakan dari api dan sesungguhnya api itu terpadam dengan air, maka apabila salah seorang dari kamu marah,maka hendaklah ia berwuduk (HR Abu Dawud)
Jika kita sedang marah...ambil lah wuduk,beristighfar,mengambil nafas dan melakukan perkara yang korang rasa boleh menghilangkan rasa marah korang...tapi dengan syarat jangan melampaui batas.... :)

Wednesday, September 21, 2011

Sebab kenapa kita perlu solat awal

Rasulullah Bersabda :

"Jangan tinggalkan tiga perkara ini...Pertama solat tepat pada waktunya,Kedua mempercepatkan urusan mengurus jenazah dan yang Ketiga ialah mengahwinkan seorang wanita apabila sesuai pada waktunya.....(Tarmizi)

ok la...entry kali ni aq nak santai sikit la....
cerita tentang solat...hohoh

ok la berbalik tajuk di atas...
sapa kat sini sentiasa solat di awal waktu??
ckp dlm hati je la...

korang perasan x...
klau kita solat lambat o di akhir waktu....
pasti kita akan terkejar2.....

aq pon pernah gak mengalami pengalaman ni....
tp seyes aq ckp...
aq serik giler nk solat lewat2 ni....
yela.....
aq jenis dluw ske solat lewat2....
bila da lewat....
ambik terkejar2....ad sampai da nk masuk azan...
time tu mmg xley nk wat apa2 la an....
aq da rasa apa yang org len xley rasa...

aq rasakan dunia aq kosong....
walaupon sentiasa solat....
memang dunia kosong...
doa xtermakbul....

aq harap korg diluar sana tlg jgn melewatkan solat....
coz di akhirat perkara pertama yang di hisab ialah solat....
pastu baru la sedekah n seangkatan dengannya....

baca kat bawah ni

hope sgt2 korg xbuat ap yang aq buat....
alhamdulillah....
aq da tinggalkan benda2 cmtu....
dan hanya Allah je yg tau perasaan dan hati aku....




Tuesday, September 20, 2011

Arrrgghhhh !!!


Assalamualaikum......wahhhhh....
dah lame weyh xupdate blog......woooooo
maklum la bz dengan kerja,assigment byk tertunggak....ayoooo
mmg kepala den poning.....
yg paling pening assigment r....asik tertangguh je.....
pening2.....

Aku nak sambung keje kat situ lg.....
tapi aku xtau la aku dpt ke x....
ye r...aq nk keje kat situ pon sebab nk cari duit lebih...
nk repair laptop,bla bla bla....
tapi yang paling penting ialah bayar hutang...
hutang hp aku...hahah
aku pinjam duit mak aku dluw....
hp aku nk mahal2 je....
tapi sampai skung aku xreti nk pakai....XD
bazir je......
hohoho...sambil aku kerja kat situ...
xsangka buah cempedak da jadi nangka....
aku dapat berkenalan ngn sowg awek....
ni la kali pertama aku face to face ngn dia....
kluar bersama ngn dia...huuu ~
slame ni aku berkenalan ngn mane2 awek pon....
xpernah r jadi camtu...
boley di katakan tiap2 hari aku kluar mkn/balik sama2 ngn dia....
da xlama da ni...hohoho...
now i'm not single.... :D

Wednesday, August 17, 2011

Kenny Rogers


Kali ni aku nk tulis santai2 je….

Hari tu….

Ada la kakak kat tempat kerja aku makan kat Kenny rogers…

Mula2 aku taknak…

Tapi kakak tu pujuk…

Aku pon pergi la…

Dia kata mula memang kata taknak…

Nanti kalau da rase…mesti nak pegi lagi….

First aku memang xpercaya kata2 kakak tu…


Tapi kan…apa kata kakak tu memang betul…

Walaupon Kenny Rogers tu mahal….

Tapi aku cakap….sedap giler….

Memang aku nak makan lagi….

Aku da cakap ngan kakak tu…

Sebelum aku bercuti…

Aku nak makan sekali lagi…

Hahah…

Sedap sangat…

Biarlah mahal…

Janji perut aku kenyang dan mudah untuk aku melakukan kerja….


Biarlah orang nak kata aku ni membazir…

Duit aku…huhu…

Tapi bila membazir orang kata kita akan berkawan dengan syaitan…

Itu memang betul…

Aku xnafikan…

Tapi masa ni la aku nak merasa makanan tu…

Lepas ni aku malas nak merasa da….sebab mahal….

Hahaha


Sampai disini saja la….. ^^


Maaf la....aku xtau cmne nak buang garisan bawah ni...aih....
sebok je....

Sedap Suara Itu

Minggu lepas....
aku bukak puasa kat luar...
sebelom bukak puasa...
aku pergi la solat kat suria sebelah bangunan Mydin...

Time pergi tu...
kebetulan ada seorang alim dari pakistan kot xsilap aku menjadi Imam masa solat tu....
Ya Allah....serius aku cakap..
Selama ni aku bersolat di surau atau masjid...
tidak pernah aku dengar bacaan Ayat Al-Quran sesedap hamba Allah itu...
Aku rasa suara dia lebih sedap dari Imam Besar Makkah Syeikh Abdul Rahman dengan Imam besar dari Kuwait Syeikh Mishary Rashed Alafasy....
Hampir saje aku nak menangis time tu...
sebab Terlalu merdu sangat2 suara dia tu....aduh...
Biar lah suara itu menjadi kenangan untuk aku....

Aku mengharapkan bahawa satu hari nanti aku akan dapat belajar seperti suara itu...
Aku jadi cemburu dan iri hati terhadap hamba Allah itu... ^^

InsyaAllah aku akan jadi seperti hamba Allah itu Satu hari nanti... :)

Saturday, August 6, 2011

Fadilat Solat Terawih

Ok....mungkin ramai yang tau dan xtau psl ni....

Aku just nk menulis perkara ni....

Xperlulah aku nk terangkan maksud terawih...tanya la Pakcik GOOGLE...

Sumenya ada kat situ...

Kat bawah ni aku terang secara fakta dan ilmiah je....selamat membaca

Perhatikan hadis di bawah ini :-

Rasulullah S.A.W. sangat menggalakkan sembahyang Trawih. Abu Hurairah berkata; “Rasulullah S.A.W. sangat menggalakkan sembahyang tarawih sekali pun beliau tidak mewajibkannya.” Beliau bersabda: “Sesiapa yang mengerjakan Qiyamu Ramadan semata-mata kerana iman dan mengharap ganjaran dari Allah, maka diampuni dosa-dosanya yang lampau.” Qiyamu Ramadan ialah menghidupkan malamnya dengan mengerjakan sembahyang.

Aisyah r.a. berkata; “Rasulullah s.a.w mengerjakan sembahyang terawih di masjid, kemudian ramai sahabat-sahabat yang mengikutnya. Pada malam berikutnya baginda S.A.W. mengerjakannya lagi di masjid, sahabat-sahabat yang datang pun semakin ramai. Pada malam ketiga sahabat-sahabat berkumpul di masjd menunggu kedatangan Rasulullah S.A.W. tetapi beliau tidak hadir. Besok paginya Rasulullah berkata kepada mereka; “Sesungguhnya aku melihat sambutan kamu. Sebenarnya aku tidak datang pada malam itu hanya kerana takut sembahyang itu diwajibkan ke atas kamu.” Dan peristiwa itu terjadi pada bulan Ramadan.

Hukum Solat Terawih ialah sunat muaakat. Dikerjakan oleh orang-orang Islam lelaki dan perempuan pada tiap-tiap malam bulan Ramadan sama ada secara berseorangan atau berjemaah. Sembahyang terawih lebih afdal dikerjakan secara berjemaah di masjid, sebagaimana yang telah dilakukan oleh Rasulullah S.A.W.

Pada zaman Rasulullah S.A.W., sembahyang Terawih dikerjakan sebanyak 8 rakaat saja supaya tidak menimbulkan sesuatu keberatan. Rasulullah S.A.W. juga tidak memberatkan solat ini ditunaikan di masjid kerana tidak mahukan sahabat berfikiran solat ini solat yang wajib. Pada zaman Khalifah Umar bin Al-Khattab pula beliau menambah lagi menjadikan 20 rakaat kerana beliau berpendapat bahawa orang-orang Islam pada zamannya itu tidak keberatan lagi menunaikan sembahyang sebanyak itu.


Ok semua da diterangkan...kenapa aku cakap lebih afdal jika dilakukan berjemaah....

mengikut fakta sains...solat terawih berjemaah adalah lebih elok sebab disiang hari kita

berpuasa...banyak pakai tenaga...disini...


Sebab itu kita digalakkan untuk solat berjemaah di Masjid/Surau...

insyaAllah Anda takkan rugi punya la...


anda dapat pahala dan juga tenaga yang percuma dengan mudah sekali...

Kalau korang lihat orang alim....

diorang dilihat cool je....

muka tak nampak letih...relax je...

kalau kita plak....

letih je memanjang...lepas tu dalam kepala...

asyik ingat air/makanan...aih...

boleh terbatal puasa dengan macam tu...xpasal2 je kan...

sampai disini sahaja la...

selamat beramal semua... :)

Tuesday, August 2, 2011

Aku Bersyukur

Aih...Ramadhan bertandang lagi...
Aku bersyukur kepada Allah kerana memakbulkan doa ku tahun lepas...
Aku berdoa agar dapat dipertemukan dengan Ramadhan kali ni...
Alhamdulillah...
Aku masih lagi sempat untuk menghadapi Bulan Ramadhan yang penuh dengan Berkah ini...
Maksud bersyukur ialah memberi pujian kepada Allah...
Selepas kita menerima berita atau perkara yang baik atau benda yang baik...
Wajib lah kita untuk berterima kasih kepada Allah melalui sujud syukur,bertasbih,membaca Al-Quran dan sebagainya...

Allah begitu sayang akan hambanya yang selalu bersyukur diatas nikmat yang Allah berikan walaupun nikmat itu tidak la seberapa...
Contohnya meminta kepada Allah supaya dipanjangkan usia kedua ibubapa kita...
Ia adalah satu nikmat kepada kita...
Sepatutnya kita harus bersyukur kerana Allah tidak menarik nikmat itu...
Cuba korang bayangkan...
Jika Allah tarik salah satu nikmat dari hidup kita..
Contohnya Allah tarik nikmat dari salah satu Anggota badan kita...
Ya Allah...
Aku xdapat nk bayangkan jika Allah tarik nikmat tu dari hidup ku...
Mungkin tidak seceria dengan orang lain...


Sebab itulah Allah menyuruh kita sentiasa bersyukur kepadaNya...
Kalau anda berjalan di mana-mana...
Dan ternampak orang yang tidak sempurna dari segi Anggota badan...
Jangan berbangga didepan mereka bahawa anda cukup sifat anggota badan...
Anda akan dikira riak disisi Allah...
Sebagai Hamba Allah
Maka wajiblah untuk kita membantu mereka dari segi wang...
Jika tidak mampu dari segi wang...
Maka berdoalah untuk dia di dunia mahupun di akhirat...
Itu bagi yang Islam la...
Kalau yang bukan Islam...
Berdoalah untuk didunia dan mendapat petunjuk dari Ilahi...
InsyaAllah...
Mane la tau kalau doa korang termakbul...
Dapat pahala percuma...
Free je...
Hanya dengan Berdoa...
Apa apa pun boleh dapat...
Doakan senjata orang mukmin....


Sampai disini sahaja la kali ni...
InsyaAllah..
Jika dikehendaki oleh Allah...
Akan ku coretkan kat dalam blog ni...
Salam Ukhwah dari sy...

^_^


Monday, August 1, 2011

Aku Datang Hanya Sementara....


Nurkilan ni khas tuk kwn aq yg baru clash ngn pakwe dia...

Da hampir 2 minggu dye clash....tp xpnh nk bg tau aq...


aih....xnk bg tau pon..maklumlah tgh sedih...baru lps clash....
tp apa yg buat aku terkilan ialah...
dia kata dia lebih sygkan ex-pakwe dia tu dari nyawa dia sendiri....
adoi...dunia2....

Aku nk mrh pon xguna sbb bnda da lps....so lupekan je la...
aku cuma hanya dtg dlm hidup dia utk menceriakan hatinya...
untuk memberi semangat kepadanya...
aku xsuka bila dia sedih...
dia sentiasa menunjukkan yg dia ni ceria...
padahal...didalam hatinya penuh dengan kedukaan...
insyaAllah...aku akan bimbing dia...
sesudah itu...
apabila hatinya sudah pulih dan ceria...
aku akan membawa diri ini jauh dari dia...

Aku xnk dia ingat akan aku...
sbb aku xsuka org mengingati aku...
sebab itu aku xbyk kwn.....

Biarlah aku xbyk kwn pon..
janji hidup aku diberkahi oleh Allah...
InsyaAllah....

^_^

Thursday, July 28, 2011

Tikam Dari Belakang

Ok...entry kali ni khas utk aku...
biarla kwn aq tu xtau psl ni....

ok...ye...aq tau..mungkin ini adalah kesilapan aq....
tapi aku buat berdasarkan nafsu sahaja....
Ya Allah...maafkan aku...
aku mungkin telah membuat kesalahan dekat kwn aku...
aku xnk tikam dia dari belakang...

" Sesungguhnya hawa nafsu itu sangat membawa pada kejahatan "
(Yusuf: 53)

Aku amat respect dia sbagai kwn aku...
Tapi dalam masa yang sama...
tetiba aku suka dekat org yg dia suka...
aku cube dan cube dan cube lg utk melupakan perkara tu...
tp semakin aku lupakan...semakin kuat benda tu dtg...
sudah ku cuba pelbagai cara...
tapi tiada kesan yang ad pd diriku...

AllahummasollialasaidinaMuhammad wa'alaalihiwasohbihiwassalam...

Ya Allah..bantulah hamba mu ini supaya hambamu ini tidak menikam kwnnya dari belakang...amin ya Rabal a'lamin....

Kepada sahabat semua....jgn jadikan hawa nafsu sebagai panduan utk kita menghadapi dugaan dunia ini...
sebaliknya gunakan akal utk menjadi panduan pada diri kita...

jgn jd mcm aq....yang hanya turut pada hawa nafsu..
insyaAllah...aq akn cuba sedaya upaya utk melawan...
lebih2 lg bulan Ramadhan Al-Mubarak sudah hampir tiba....

Semoga ada silap dan salah selama ini...harap diampunkan dengan ikhlas....




Selamat beramal semua.... :)

Wednesday, July 27, 2011

Laptop Punya Pasal

Alhamdulillah...
akhirnya laptop aq kembali pulih seperti sedia kala...
walaupon skrin tidak secerah dahulu...
tapi masih boleh digunakan lg...
hohhohoho

Jimat duit aku bulan ni...
klau x...jenuh aku nak cakau duit.....

Aku bersyukur kepada Allah....
Kerana aku tidak perasan bahawa Allah sedang menduga aku dengan laptop yg rosak....
Setiap benda yang berlaku disekeliling kita...
Itu adalah ujian dari Allah...
Kita xkan menduga ujian itu...
Kita xkan menyedari ujian itu...
Ujian itu datang dari pelbagai sudut dan bentuk...
Susah senang itulah ujian...
Menghadapi ujian perlulah dengan kesabaran...
Allah menguji kita ada sebab...
Sebabnya ialah untuk menguji hambanya...
Sama hambaNya itu patuh dan masih lagi ingat kepadaNya atau lupa akan diriNya...

Surat al-Ankabut [29]]: 1-3 “Ali Laam Miim. Apakah manusia mengira bahwa mereka dibiarkan (saja) mengatakan; kami telah beriman, padahal mereka belum diuji lagi? Dan sesungguhnya Kami telah menguji orang-orang yang sebelum mereka, maka sesungguhnya Allah mengetahui orang-orang yang benar dan sesungguhnya dia mengetahui orang-orang yang dusta.”

Dalam surah itu pun sudah disebut bahawa orang yg sudah beriman atau tidak...
Akan tetap di uji oleh Allah....

Untung jika kita bersabar kepada Allah...
Antara Faedahnya ialah :-

1)Dapat berdamping dengan Allah
2)Akan memperolehi berita yang gembira dari Allah
3)Akan bertemu dengan Allah dalam keadaan yang baik
4)Pahala yang berlipat kali ganda
5)Api neraka akan merasa gerun dengan kita
6)Akan dicintai oleh Allah

aku telah bertemu dengan apa yg aku ckp....
terasa manis sekali kita bersabar...
xrugi jadi org yg sabar....

itu sahaja lah yg dapat aku terang kan...
sampai kita berjumpa lg...daa ~

Selamat Beramal semua... :)

Sunday, July 24, 2011

Hina Sangat Ke Dia Tu

Ok la...
hari ni kwn aku berhenti kerja...
klau x..esk dye berhenti kerja...
tapi dia berhenti kerja dalam keadaan yang amat hina...
arrggghhhh !!!
kesian aku tgk...
yela....pagi2 aku sampai kat tempat kerja tadi...aku tgk dye happy giler...xd la nmpk muka sedih dia tu...
tapi lepas kene panggil dgn manager kat situ...
aku tgk dia teros berubah...termenung je....
ngat nk tegor dia...tapi aq batal kan niat aku sbb nk g solat zohor...
lps solat zohor tu dye g rehat....tetiba ad kakak tu panggil aq...
akak - naj,hari ni zdakaria last kat sini..
aq - yeke?td dia ckp esk dia last kat sini..
akak - xtau la dik..eh ko xtau ke zdakaria menangis td??
aq - hah??menangis??akak biar betul...td adk tgk dia termenung je...
akak - xkn ko xtau??pelik la gak...
aq - memang xtau...eh jap kak...adk rase zdakaria tu nangis sbb td kot
akak - sebab apa??
aq - td adk nampak manager pggl zdakaria jumpe dia..g la jmp...pastu tgk muka manager tu berkerut2..nmpk mcm mrh...
akak - kurang ajar betol la manager ni....ad ke patot marah dia dpn customer...xley ke mrhkat dlm bilik dia...
aq - mmg patot la dia menangis...klau adik td...adik tengking balik...yela..mrh2 org dpn customer...
akak - yela adk...k la...akak nk g kerja ni...


aku mmg cukup terkilan dgn perbuatan manager tu...kurang ajar...mrh la dlm bilik...ni x...marah2 dpn customer...ramai kot customer hari ni....aih....sabar je la.....

sapa yg hina....kwn aq atau zdakaria??

aih.......masih berbekas lg dlm hati aq ni....saba je la...

kpd korg semua...ambik iktibar dari cerita aq ni...walaupun korg marah sekalipun kat sesapa...lepas la kemarahan korg kat dye secara berdepan atau biarkan saje perasaan tu berlalu....jgn mrh se2org di depan org ramai...ia akan memalukan diri kita sendiri...walau ap jua keadaan skali pon.....

sifat amarah itu adalah salah satu sifat yang di sukai oleh syaitan...

Selamat beramal semua... :)

Saturday, July 23, 2011


1. Kaki (tumit kaki) semacam hantu loceng - Dan janganlah mereka (perempuan) membentakkan kaki (atau mengangkatnya) agar diketahui perhiasan yang mereka sembunyikan – Petikan dari Surah An-Nur Ayat 31. Keterangan : Menampakkan kaki dan menghayunkan/ melenggokkan badan mengikut hentakan kaki terutamanya pada mereka yang mengikatnya dengan loceng….

2. Bulu kening - Menurut Bukhari, Rasullulah melaknat perempuan yang mencukur atau menipiskan bulu kening atau meminta supaya dicukurkan bulu kening – Petikan dari Hadis Riwayat Abu Daud Fi Fathil Bari.

3. Wangian - Siapa sahaja wanita yang memakai wangi-wangian kemudian melewati suatu kaum supaya mereka itu mencium baunya, maka wanita itu telah dianggap melakukan zina dan tiap-tiap mata ada zinanya terutamanya hidung yang berserombong kapal kata orang sekarang hidong belang – Petikan dari Hadis Riwayat Nasaii, Ibn Khuzaimah dan Hibban.

4. Dada - Hendaklah mereka (perempuan) melabuhkan kain tudung hingga menutupi bahagian hadapan dada-dada mereka – Petikan dari Surah An-Nur Ayat 31.

5. Gigi – Rasullulah melaknat perempuan yang mengikir gigi atau meminta supaya dikikirkan giginya – Petikan dari Hadis Riwayat At-Thabrani, Dilaknat perempuan yang menjarangkan giginya supaya menjadi cantik, yang merubah ciptaan Allah – Petikan dari Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim.

6. Muka dan leher – Dan tinggallah kamu (perempuan) di rumah kamu dan janganlah kamu menampakkan perhiasan mu seperti orang jahilliah yang dahulu. Keterangan : Bersolek (make-up) dan menurut Maqatil sengaja membiarkan ikatan tudung yang menampakkan leher seperti orang Jahilliyah.

7. Muka dan Tangan – Asma Binte Abu Bakar telah menemui Rasullulah dengan memakai pakaian yang tipis. Sabda Rasullulah: Wahai Asma! Sesungguhnya seorang gadis yang telah berhaid tidak boleh baginya menzahirkan anggota badan kecuali pergelangan tangan dan wajah saja – Petikan dari Hadis Riwayat Muslim dan Bukhari.

8. Tangan – Sesungguhnya kepala yang ditusuk dengan besi itu lebih baik daripada menyentuh kaum yang bukan sejenis yang tidak halal baginya – Petikan dari Hadis Riwayat At Tabrani dan Baihaqi.

9. Mata – Dan katakanlah kepada perempuan mukmin hendaklah mereka menundukkan sebahagian dari pemandangannya – Petikan dari Surah An Nur Ayat 31.

Sabda Nabi Muhamad SAW, Jangan sampai pandangan yang satu mengikuti pandangan lainnya. Kamu hanya boleh pandangan yang pertama sahaja manakala pandangan seterusnya tidak dibenarkan hukumnya haram – Petikan dari Hadis Riwayat Ahmad, Abu Daud dan Tirmidzi.

10. Mulut (suara) - Janganlah perempuan-perempuan itu terlalu lunak dalam berbicara sehingga berkeinginan orang yang ada perasaan serong dalam hatinya, tetapi ucapkanlah perkataan-perkataan yang baik – Petikan dari Surah Al Ahzab Ayat 32.

Sabda SAW, Sesungguhnya akan ada umat ku yang minum arak yang mereka namakan dengan yang lain, iaitu kepala mereka dilalaikan oleh bunyi-bunyian (muzik) dan penyanyi perempuan, maka Allah akan tenggelamkan mereka itu dalam bumi – Petikan dari Hadis Riwayat Ibn Majah.

11. Kemaluan - Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan mukmin, hendaklah mereka menundukkan pandangan mereka dan menjaga kehormatan mereka – Petikan dari Surah An Nur Ayat 31.

Apabila seorang perempuan itu solat lima waktu, puasa di bulan Ramadan, menjaga kehormatannya dan mentaati suaminya, maka masuklah ia ke dalam Syurga daripada pintu-pintu yang ia kehendakinya – Hadis Riwayat Riwayat Al Bazzar.

Tiada seorang perempuanpun yang membuka pakaiannya bukan di rumah suaminya, melainkan dia telah membinasakan tabir antaranya dengan Allah – Petikan dari Hadis Riwayat Tirmidzi, Abu Daud dan Ibn Majah.

12. Pakaian
– Barangsiapa memakai pakaian yang berlebih-lebihan terutama yang menjolok mata , maka Allah akan memberikan pakaian kehinaan di hari akhirat nanti – Petikan dari Hadis Riwayat Ahmad, Abu Daud, An Nasaii dan Ibn Majah. ~~koleksicinta

Baju Lengan Pendek

Aku xfhm atau mereka yg xfhm....
Aurat adalah satu perkara yang haram dilihat oleh bkn mahram/muhrim....
aurat lelaki terletak dari pusat hingga ke hujung lutut...
aurat perempuan pula kesuluruhan tubuhnya kecuali bahagian wajah dan telapak tangan


tp yg aku xfhm ialah org yg pkai baju lengan pendek,pastu pakai tudung...
yang tu aku paling pelik....
yela....diorg tau psl aurat...
tapi diorg pkai cmtu xtakot ke???

Surah Al Ahzab ayat 59: "Hai Nabi, katakanlah kepada isteri-isteri kamu, anak-anak perempuan dan isteri-isteri orang mukmin (yang benar-benar beriman), hendaklah mereka menghulurkan jilbab-jilbab mereka keseluruh tubuh mereka. Yang demikian itu supaya mereka lebih dikenali, kerana mereka tidak diganggu, dan Allah maha pengampun lagi maha Penyayang"

Aku ckp ni bkn ap...
yela....berselisih dgn diorg..bila terlanggar...."maaf/sori ea adk/abg"
berselisih maksud aku ialah berlanggar lengan dgn diorg....
diorg ni seolah2 xkesah klau bkn mahram menyentuh secara sengaja atau tidak sengaja...
ibarat itu bukan dosa....
aih.....aku nk selisih dgn org cmni pon fikir 2 3 kali....
tp diorg slambe je pkai....
mmg xpk dosa lansung...menyusahkan org ramai yg terpandang dan tersentuh..
aku lebih rela pegang khinzir dari diorg...

banyak alasan yg diowg bg...
panas la ap la....
tapi aku tgk org arab pkai jilbab yg jenis labuh tu relax je dtg malaysia ni....
siap pkai wane itam lg tu....
xpulak aq dengar diorg merungut....
dan alasan yg selalu aku dgr ialah xsengaja pakai baju cmtu...
satu alasan yg xmsok akal....
diowg tau pkai bnda tu haram...
tp diowg pkai tu knp...
nk kata kurang cerdik marah...
tapi tu la realitinya manusia zaman skarang...
dosa tu mcm xbg effect lg da kat diowg ni...
taubat la...

kiamat da xlama da....
ingat tuhan....
selagi Allah xtarik nyawa kita...
selagi tu la Allah beri pluang utk kita taubat...
klau nyawa da kene tarik...
xley buat ap2 lg da...
tu je la utk hari ni....

Selamat Beramal

Friday, July 22, 2011

Janji Kene Tunaikan

Abdullah bin Amir meriwayatkan semasa beliau masih kecil. Ibunya telah memanggilnya dan berjanji akan memberikannya sesuatu. Rasulullah yang kebetulan berada disitu terus bertanya “Apa yang kamu niatkan untuk diberikan kepadnya?” Jawan ibu Amir, “sedikit buah tamar”. Sabda Rasulullah “sekiranya kamu tidak memberikan kepadanya maka dosa berjanji dusta akan dicatitkan untukkmu”


Pantang kalau ada orang yang tak jujur ni....
yela...laptop aku memang da out of servis...
nk hantar repair....
sebab minggu depan nak kene hantar assigment...
charger aku kwn aq pinjam...
aku bagi la pinjam...
bila nk ambik...dia suh ambik hari sabtu...
bila da tiba hari sabtu...time tu la kata tak boleh bagi sebab tak jadi nak keluar...
dah tu aku la yang kene tanggung azab...
apa aku nak jawab kat lecture aku ni pasal assigment...
Aku da mati akal da ni...
tapi aku tak salahkan kwn aku sorg ni...
tiba2 tak bley kluar....xley gak nk salahkan dia...
tapi kan senang klau hari kamis hari tu dia bg charger aku balik....
xd la aku nak tulis kat dalam blog ni....


Azam Ramadhan Yang Akan Datang

Aku ingin berhijrah dengan mendekatkan diri kepada Allah....
Sudah tiba masanya untuk aku mengubah hidup ku....
Alhamdulillah...
Aku sudah berubah sedikit demi sedikit....
aku sudah boleh mengawal nafsu ku..
cuma bahasa je yang aku xdpt nk kawal lagi...
aku cuba dan cuba dan cuba lagi...
tapi masih lagi xboleh nk kawal....

Ramadhan kali ni adalah penentu segala2nya...
jika berjaya....aku sudah mencapai apa yg aku target....
jika tidak....aku terpaksa berusaha dgn bersungguh2....
berbalik tajuk diatas....
azam Ramadhan kali ni ialah..
aku ingin khatam Al-Quran sebanyak 2 kali dan tidak akn meninggalkan solat terawih walau ap jua keadaan....
insyaAllah...

Aku ingin jdkan Ramadhan kali ni akn lebih bermakna dari sbelom2 ni....

anda bagaimana??

Wednesday, July 20, 2011

Mahkluk Sebelum Manusia Dan Jin....

Wallahualam...betul ke xcerita ni...klau betul...itu adalah salah satu petanda dari Allah...


Dua minggu yang lalu, saya didatangi sepasang suami isteri dan seorang anak lelaki di RIDAM. Pesakitnya adalah anak lelaki mereka.


Dari perbualan sebelum rawatan, si bapa menceritakan bahawa sudah banyak tempat sudah di kunjungi. Boleh dikatakan hampir setiap perawat yang muncul dalam Expose Mistik dan Rancangan Alam Ghaib sudah di bawa. Semuanya belum ditemui penawarnya.


Luahan tersebut membuatkan saya tersenyum. Lantas, saya katakan pada mereka sekeluarga bahawa mungkin 'masih belum ada rasi ubat' . Kalau dah jodoh ubat dengan penyakitnya, insyaallah, sembuh lah penyakitnya..


Simptom gangguan pada pesakit hanya berlaku pada malam hari iaitu ketika waktu bulan mengambang sahaja. Pada waktu tersebut, pesakit akan merenung bulan kemudian menangis. Begitulah yang berlaku setiap bulan..


Maka, saya ambil pendekatan segera dengan 'teknik scan' dan hampa kerana tidak dapat mengesan sebarang jenis gangguan pada lelaki tersebut.. Aiii...hairan sungguh.. lelaki tu nampak normal jer..


Lama saya dok termenung ketika berdepan dengan situasi tersebut, saya teringat pada Allahyarham Tok Ngah ketika berhadapan dengan kes yang hampir sama. Kata beliau, mungkin 'badan' tengah kotor. Akibatnya, konsentrasi tiada.. Kan sunat kalau bersih. Apatah lagi kalau harum semerbak...


Lalu, saya minta izin pada pesakit untuk berehat sebentar. Sebenarnya, saya ingin mandi kerana baru teringat, saya baru saja selesai mengelap kipas syiling sebaik sahaja keluarga pesakit tiba di RIDAM. Selepas mandi, saya pakai wangian agar diri harum semerbak..


Setelah itu saya ke ruang rawatan untuk menyambung tugas rawatan. Ketika duduk berhadapan pesakit, tiba-tiba...


Pesakit: "Ermm..wanginya... lama dah tak bau macam ni.. Kamu pakai minyak wangi apa ni..?"


Kelihatan suara pesakit berlainan. Maka saya yakin, ketika itu, pesakit sedang kerasukan.


Saya: "Minyak atar 1001 Malam. Tak pernah bau ker?"


Pesakit: "Pernah.. Tapi dah lama tak bau macam ni.. Masa kat Andalusia pernah la.. Harum betul baunya. Boleh bagi aku sikit? "


Saya: "Boleh.. Tapi kena kerjasama la.. Setakat minyak wangi, apalah sangat.."


Seraya itu dia tersenyum dengan kata-kata saya..


Pesakit: "Boleh..tapi aku tak suka orang belagak.. Kalau kamu boleh cakap dengan aku elok-elok, tanya lah apa kamu nak. Dengan nama Allah, aku tak akan tipu.".


Saya: "Ish...tak baik kamu main sumpah-sumpah macam tu.. Nanti makan sumpah baru tahu..Kamu ni Jin Islam ker?"


Pesakit: "Kenapa aku nak takut. Aku cakap jujur la ni.. Memang aku sembah Allah, tapi aku bukan Islam.."


Saya: "Hah...sembah Allah tapi bukan Islam..? Agama apa kamu ni?"


Pesakit: "Agama Monoteisme"


Saya: "Agama apa tu..?"


Pesakit: "Agama yang satu la.. Tuhan hanya satu yakni Allah...Tak sekolah ker?"


*Terkena jugak RIDAM..


Saya: "Kamu jangan main-main pasal agama ni...!..Kang...."


*Masa tu tangan kanan dah diangkat..rasa nak lempang jer...


Pesakit: "Aku tak tipu lah...Aku bukan Jin, Syaitan atau Malaikat..Aku Poppy..Nama aku Mizari"


*Tangan saya tak jadi di angkat. Terasa hendak tahu pula apa cerita berikutnya..


Saya: "Poppy..? Makhluk apa tu..?"


Pesakit: "Wahai hamba Allah...banyak lagi rahsia Allah yang kamu belum tahu.. Bukan semua rahsia boleh dicapai dengan akal manusia.."


Saya: "Ceritakan...aku nak tahu.."


Pesakit: "Aku wujud sebelum kaum jin diciptakan lagi... Sebelum banyak puak kami di binasakan Allah kerana kesalahan kami sendiri.."


Kemudian dia menangis teresak-esak..


Pesakit: "Puak kami dah kurang dari 1000.. Mungkin kerana kesalahan yang kami lakukan, kami tidak diizinkan Allah untuk melahirkan zuriat kami.."..


Terduduk saya mendengar cerita si Mizari... Baru saya teringat akan sebuah buku yang dibaca karangan Isa Dawud.. Cerita yang diberitahu menepati penerangan yang diberitahu dalam buku tersebut..


Saya: " Kalau begitu, betul kah nama golongan kamu ini adalah Al-Hin?"


Seraya itu dia mengangguk..


Pesakit: "Al-Hin adalah nama makhluk.. Kami hidup berpuak-puak.. Aku dari puak Poppy..Ada lagi musuh puak aku iaitu Neondertal. Nama puak lain banyak, tapi aku dah lupa...."


Saya: " Apa yang puak kamu buat sampai Allah murka?"


Dia terdiam sejenak..


Pesakit: "Apa yang kamu tengok kemaksiatan dan kerosakan manusia hari ini, itulah yang kami buat dulu.. Tapi hari ini aku tengok, kerosakan manusia lagi hebat dari apa yang kami lakukan dulu..."


Saya: "Wahai makhluk Allah, aku tiada kuasa untuk lakukan apa pun pada kamu kecuali dengan izin Allah.. Tapi boleh aku tanya, kenapa aku tak dapat 'scan' kau tadi? Mana kau menyorok?"


Pesakit: "Aku tak pergi mana-mana. Memang dari tadi aku dalam badan ni. Jangan kau kecil hati pulak.. Setakat ini, dengan izin Allah, puak aku belum dapat di scan mana-mana perawat pun ketika mereka berubat. Mungkin kerana ada sebab yang kau dan aku sendiri belum tahu kecuali Allah..."


Saya: "Dah tu, sekarang ni kamu boleh bercakap dengan aku..macam mana pulak tu?"


Pesakit: "Itu kerana aku sendiri yang nak bercakap dengan kamu.. Bukan semua tau aku suka manusia...Aku nak duduk dengan kamu boleh? Kalau kamu izin kan la.."


Saya: "Tak payah la...aku selesa dengan sesama manusia.. kamu tak marah kan..?"


Pesakit: "Tak la..buat apa aku nak marah.. Kamu ada hak atas diri kamu.."


Saya: "Erm..boleh kamu bagi sebab..kenapa kamu duduk dengan budak ni?"


Pesakit: "Sebab dia kasi aku duduk dengan dia.."


Dari badan pesakit tersebut, Mizari menceritakan penemuannya dengan budak tersebut ketika dia berjumpa di sebuah pusat rekreasi di Selatan tanahair. Katanya lagi, budak tu tak takut dengan dia..


Cerita tersebut disahkan bapanya. Memang anaknya ada mengikuti kursus kadet di tempat tersebut..


Saya: "Wahai makhluk Allah, aku bukanlah dikalangan orang alim untuk mendakwah kamu. Tapi sudi tak kalau kau masuk Islam?"


Pesakit: "Maaf ya..Aku masih yakin dengan agama ku. La ikra hafiddin kan...?"


Saya: "Memang lah..tapi agama akhir zaman kan Islam..Kalau kamu menyembah Allah, kenapa tidak kamu ikuti agama akhir zaman ni..?Agama yang disuruh dan dijamin Allah..."


Pesakit: "Aku tahu...tapi aku bukan dari Jin dan Manusia.. Tiada satu pun nama kaum aku dalam Al-Quran..."


Lalu di bacakan ayat surah Adz-Dzariyaat:56


Maksudnya:

'Dan aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan supaya mereka mengabdi kepada-Ku.'


Pesakit: "Jadi, aku yakin dengan pegangan aku sekarang.. Aku tidak pernah menduakan Allah.."


*Tidak ada apa yang mampu saya katakan padanya. Kelu saya bila mendengar hujahnya..


Saya: "Kalau begitulah kata kamu, tiada apa yang mampu aku katakan lagi.. Tapi, dengan nama Allah, boleh tak kamu keluar dari badan anak ini? Kesian aku tengok mak bapak budak ni.. Kamu tak rasa kesian ker..?"


Pesakit: "Kesian jugak.. Banyak jugak la duit diorang habis pergi berubat.. Demi Allah, aku memang nak keluar, tapi, belum masanya lagi..."


Saya: "Dah tu, bila agak-agak kamu masa tu sampai..?"


Pesakit: "Sekarang..tapi dengan syarat.."


Saya: "Apa syaratnya? Kalau boleh mensyirikkan, aku tak nak la.."


Pesakit: "Aku nak salam kedua mak bapak budak ni..Aku nak mintak maaf sebab susahkan diorang. Lepas tu, aku nak kau doakan agar Allah pendekkan nyawa aku...boleh?"


Saya: "Syarat yang pertama tu insyaallah, boleh (kedua ibu bapa pesakit mengangguk sama).. Tapi, pelik la dengan syarat kedua tu..Kenapa?"


Pesakit: "Ada tak bapak budak ni cerita perangai pelik anak nya ni masa sakit tadi?"


Saya: "Yang mana? Yang suka tengok bulan mengambang tu ker?"


Pesakit: "Yelah...kamu tak nak tahu kenapa aku suka tengok bulan?"


Saya: "A'ah...kenapa?"


Pesakit: "Aku tengah kira umur aku la tu...Kiraan masa aku sama macam kalendar Islam.. Puak kami mana pakai Kalendar masihi..."


Saya: "Oooo..tapi kau tak jawab lagi soalan kedua tu.."


Pesakit: "Sabar lah..maksud aku, aku kira umur untuk tahu hayat aku.. Dah lama sangat aku hidup.. Sunyi betul hidup aku...Aku nak kamu doakan agar Allah pendekkan hidup aku sebab aku dah hidup lama sangat..."

Saya: "Ooo...macam tu..Berapa dah umur kamu?"


Pesakit: "Sikit jer...baru 4 juta 130 ribu tahun.."


Saya: "Mak aiiii...lama nya kau hidup.."


Pesakit: "Betul..sebab tu aku nak kau doakan aku.."


Saya: "Insyaallah, kalau itu yang kau nak...Tapi, aku nak tanya soalan terakhir ni..Boleh?"


Pesakit: "Tadi kata suruh aku keluar...? Ni makin banyak tanya pulak ni..Hah..apa dia?"


Saya: "Boleh tak aku tengok kamu...Rasa nak tengok jer diri kamu tu..."


Pesakit: "Boleh dengan izin Allah...kau baca Surah Al-Kautsar 1000 kali sebelum tidur...Mintak pada Allah nak tengok aku.. Bukan aku yang izin..Allah yang izin.. Sekarang, boleh aku keluar..?"


Saya: "Dipersilakan wahai hamba Allah..Moga kamu tergolong dalam orang-orang yang beriman.."


Sebelum dia keluar, dia mencium tangan kedua ibu bapa pesakit dan meminta maaf pada mereka.. Sekitar 5 minit selepas itu, pesakit tersedar.. Kelihatan penat dan lelah yang dialami akibat tenaga tubuh yang diguna oleh makhkluk lain..


Hanya sebagai syarat asas rawatan, saya bekalkan air dan limau rukyah untuk dibuat mandi dan minuman di rumah.. Pesakit pulang selepas itu..


---------


3 hari kemudian, bapa pesakit menelefon saya dan mengatakan anaknya sihat sepenuhnya.. Dia mengajak saya ke jamuan doa selamat di rumahnya sebagai tanda kesyukuran dan nazar yang diniatkan..


----------


Saya juga telah mengamalkan apa yang dikatakan oleh Mizari.. Alhamdulillah, saya dapat melihat parasnya..


Badannya berbulu putih, berwajah manusia yang tampan dan bersayap... Wallahu'alam.. Mungkin itu mainan mimpi....


Sekian..


-----------


'...Fakul innamal ghaibulillah.'.

Sesungguhnya yang Ghaib itu kepunyaan Allah

(petikan sebahagian ayat dalam surah Yunus:20)


----------------


Saya ada membuat sedikit kajian selepas peristiwa ini dan menjumpai ayat ini dalam Al-Quran:


1)Al Ankabuut - Ayat 19


'Dan apakah mereka tidak memperhatikan bagaimana Allah menciptakan (manusia) dari permulaannya , kemudian mengulanginya (kembali) . Sesungguhnya yang demikian itu adalah mudah bagi Allah.'


2)Al An'am - Ayat 6


'Apakah mereka tidak memperhatikan berapa banyak generasi yang telah Kami binasakan sebelum mereka, padahal (generasi itu) telah Kami teguhkan kedudukan mereka di muka bumi, yaitu keteguhan yang belum pernah Kami berikan kepadamu , dan Kami curahkan hujan yang lebat atas mereka dan Kami jadikan sungai-sungai mengalir di bawah mereka , kemudian . Kami binasakan mereka karena dosa mereka sendiri, dan Kami ciptakan sesudah mereka generasi yang lain.'


3)Kisah bumi tak bagi malaikat ambil tanah untuk dijadikan manusia.


Pada suatu ketika, Allah SWT menitahkan kepada malaikat Jibril supaya turun ke bumi untuk mengambil sebahagian tanahnya untuk mencipta Adam, manusia pertama. Akan tetapi apabila Jibril sampai ke bumi, bumi enggan membenarkan tanahnya diambil untuk dijadikan Adam, kerana bumi khuatir Adam jadi maksiat kepada Allah. Lalu Jibril kembali ke hadrat Tuhan, kerana ia tidak dapat berbuat apa-apa, setelah mendengar sumpah bumi. Seterusnya, Allah memerintah malaikat Mikail, jawapan bumi masih sama dan selepas itu Allah memerintahkan malaikat Israfil, tetapi malangnya jawapan bumi masih tidak berganjak, dan masing-masing kembali dengan tangan kosong.


Lalu yang terakhir, Allah menyuruh malaikat Izrail turun ke bumi. Firman Allah, Hai Izrail, engkaulah kini yang aku tugaskan mengambil tanah. Meskipun bumi bersumpah-sumpah dengan ucapan, bagaimanapun jangan engkau mundur. Katakan bahawa kerjakan atas perintah dan atas namaKu. Apabila Izrail turun ke bumi dan menyampaikan perintah Allah kepada bumi, maka akhirnya barulah bumi mengizinkan akan tanahnya itu diambil.


Setelah Izrail mengambil beberapa jenis tanah, kembalilah dia ke hadrat Allah.Lalu Allah berfirman; Ya Izrail, pertama engkau yang Ku-tugaskan mengambil tanah, dan kemudian di belakang hari kelak akan kutugaskan engkau mencabut roh manusia. Maka Izrail khuatir kerana bimbang dibenci oleh umat manusia kelak. Lalu Allah berfirman lagi; Tidak, mereka tidak akan memusuhi kamu, Aku yang mengaturnya, dan Aku jadikan kematian mereka itu bersebab, terbunuh, terbakar, sakit dan sebagainya.


*Berikut merupakan riwayat yang menceritakan tentang proses awal penciptaan Adam; pengambilan tanah daripada bumi. Persoalan utama daripada riwayat ini adalah keenganan bumi untuk diambil tanahnya.



Kebimbangan bumi bukanlah kerana takut tanahnya kurang, atau takut rupanya berlubang-lubang, tetapi bumi khuatir seandainya Adam itu menjadi maksiat kepada Allah. Tidakkah itu bermakna bumi telah menyaksikan kerosakan yang dilakukan oleh manusia terdahulu di muka bumi ini? Mengapa tiada riwayat yang menceritakan akan keengganan bumi apabila Allah S.W.T hendak menciptakan kambing, ikan atau lembu?


-----------------


1)Pembaca sekalian..saya hanya menceritakan pengalaman yang belum pernah saya alami sepanjang pengalaman saya dalam perubatan alternatif ini..


2)Saya juga bukan lah pakar mentafsir Al-Quran dan tidak pandai berbahasa Arab. Ayat Al-Quran yang saya pamerkan ini hanyalah pada pemahaman sendiri. Jika salah pemahaman saya dari sudut kaedah undang-undang tafsir, maka saya memohon jutaan maaf dan ampun di atas pemikiran saya tersebut.


3)Pendapat saya, anggaplah pengalaman ini sebagai PERINGATAN kepada manusia. Kita sudah mungkin menghampiri 'akhirnya'. Maka, seharusnya kita bermunasabah dan tidak leka mengingati Allah..


Sekian..



dari pena saya-durrahnur :

saya berharap pembaca-pembaca yang mengetahui maklumat lanjut mengenai kewujudan AL-HIN sebelum sejarah penciptaan manusia dapatlah kiranya berkongsi bersama-sama agar ia menjadi manfaat bersama.Sesungguhnya,ALLAH yg lebih mengetahui tiap urusan perkara ghaib itu dan sebagai hamba,kita perlu mengimani setiap perkara ghaib yang hanya tertakluk dibawah bidang kuasa ALLAH AZZAWAJALLA..



sumber asal : http://darulmanzil.blogspot.com/


Wanita Idaman KU

Assalamualaikum....

kali ni aku nk bercerita pula tentang wanita idaman Aku.....
senang je jwpnnya...
Wanita idaman aku ialah seorg wanita muslimah...
tu je.....
tp aku akan cerita kenapa muslimah....
ok....muslimah yang aku maksudkan ialah...
dia tau yang dia perlu taat kepada Allah,Nabi Muhammad dan juga Suaminya...
dia tau yang dia perlu menjaga waktu solat dan puasa...
dia tau menyimpan aib dan rahsia suaminya...
dia tau dimana auratnya...
dia tau yang mana halal dan haram...
dia tau cara menjaga anak...
dia tau yang dia harus dan perlu bersama disamping suaminya ketika susah dan senang...
dia tau perjuangan hidup dia yang sebenar...

itu adalah penerangan ciri2 wanita solehah idaman ku...
aku tau...
xsemua yang disebutkan itu akan ada pada seseorg muslimah...
dan mungkin aku xkan jumpa wanita muslimah yg ku dambakan selama ini.....

Lebih elok terima dengan redha siapapun pasangan hidup kita...

selamat beramal ~

Monday, July 18, 2011

Biar Jodoh Mak Yang Carikan...

Aku buat post ni pun sebab semalam aku tgk citer KCB 2.....
pasal citer ni la....aku terfikir....best ke bercinta sebelum kahwin atau kahwin dulu baru bercinta....
kat tempat kerja td...aku asyik termenung je....sampai ada kakak2 tu ckp something kat aku pon aku xdgr....smpai merajuk r gak kakak tu...gara2 xdgr ap yang dye ckp td....hahahah

ok berbalik tajuk di atas....
ye...dari dulu lagi aku nk mak aku carikan jodoh tuk aku....
sebab lps aku tgk citer ayat-ayat cinta....
aku jadi xheran klau couple2 ni....
lantak korg la...bkn kekal pon klau bercinta sebelum kahwin....
xd nikmat weyh......org kata xmencabar lps kawin...
sbb kita da tau prangai pasangan kita....

klau kita kahwin dengan org yg kita xkenal....
itu baru mencabar....
cube tgk dlm citer ayat ayat cinta....
mcm mane Fahri berkahwin dengan Aisyah....sedangkan Aisyah pon Fahri xkenal sgt....
tapi mereka dpt menikmati alam percintaan yang diredhai oleh Allah...
walaupun itu cuma khayalan manusia....tp aku rase itulah cinta sejati...
sanggup bersama walau ap jua keadaan...
itulah yg membuatkan aku begitu kagum dgn watak Fahri..
walaupon khayalan.....tp bg aku....watak itu wujud....cuma nama lain dan kedudukan lain....

aku tau....amat2 payah kita utk mencari wanita idaman kita....kalau bley....
aku memang nk wanita soleha seperti aisyah yg solehah....seolah2 Aisyah ni menggambarkan isteri Nabi Muhammad SAW yg solehah.....

tapi apakan daya....wanita muslimah pon mungkin xlayak utk aku sbb aku sendiri mengaku yg aku pon tidaklah bagus sgt.....

aku cuma berpegang teguh akan kata2 Nabi Muhammad ....."wanita itu dikahwinin oleh 4 sebab, agamanya,keturunannya,hartanya dan kecantikkannya...maka pilih la agamanya "

maka dari situ kita dpt tau bahawa Nabi Muhammad amat menitik beratkan soal agama....pilih la agama dluw...selepas tu keturunan,harta dan kecantikkannya.....

aku amat2 redha jika jodoh aku tu xla cntk mana pon....sedap mana memandang suda memadai la...tp yg paling penting ialah dia sorg yg solehah....harta keturunan aku xpandang.....

k la...smpai disini saje aku nak cerita..daaa ~
salam....

selamat beramal ~

Thursday, July 14, 2011

Aku Suka Menulis


Alhamdulillah......akhirnya...hamster yang disayangi sudah ditangkap awal pagi tadi.....
Terima kasih kepada Ayah ku kerana memberi idea yang bernas untuk menangkap hamster ni....
Sudah 2 minggu hilang...Badannya terlalu kurus....

Aiiiiyyyaaaaaa...

Sebelum lari tu.....badan gemuk giler ~
Kira obesiti la hamster aku yang seekor ni.....
fuyoooo...

sudah la 2 minggu tak jumpa....
makin menjadi2 perangai hamster tu...ganas....

wahhhhh....

tapi papehal pon.....hamster tu da jumpa....
So xheran la lepas ni.......

:)

Saturday, July 9, 2011

Diam Tidak Semestinya Menyerah Kalah


Ok...muktamad la kan....
Setiap manusia mempunyai pendapat masing2...
The point is xperlu la menghentam org lain if org itu sokong bkn ap g korang sokong,...
Dia ada hak sebagai manusia di muka bumi ni untuk memilih apa yang betul baginya...

Kalau tiba2 dia mendiam kan diri...tidak semestinya dia merajuk atau menyerah kalah..
Bila da jadi camtu...
Akan ada pihak yang akan hentam habis-habisan orang yang diam itu...
Dan orang yang hentam tu terus dpt dosa kering...
Bukan aq nk kata aq ni bagus...
Tapi realitinya itu la yang terjadi...

Biarkan dia diam saja...
Kalau anda provoke...
Dosa kering tak pasal2 mengalir dalam diri korang...
aiiyyoooooo

Amaran terakhir kepada mereka2 yang provoke dalam wall aq tu....
Tak kira la sepupu sepapat ke,pakcik makcik ke,kwn2 ke...
Sebab bila provoke...
Benda tu yg boleh merenggangkan hubungan kekeluargaan o kwn...
So lebih baik jgn provoke kat dlm wall aq....
Tolong la...
Mendedahkan aib org lain...di Akhirat..Allah plak akan aibkan kita.....

Selamat Beramal ~

Akal fikiran


Insan yang tidak pernah lari dari kesilapan...
Kecil mahupun besar...
Kesilapan tetap berlaku...
Tidak kira dimana jua kita berada...
Kita tetap akan melakukan kesalahan...
Kita bukan nabi...
Yang bersifat sempurna dalam semua perkara...
Sebab itu kita perlu menjadikan Nabi Muhammad SAW sebagai role model dalam hidup kita...

Allah memberi kita akal fikiran untuk berfikir...
Yang mana salah dan yang mana betul...
Haiwan tidak mempunyai akal seperti kita...
Sebab itu ia menjadi satu keistimewaan kepada kita...
Jadi...
Guna sebaik mungkin akal dan fikiran itu...
Supaya ia mendapat keredhaan Allah SWT

Friday, July 8, 2011

Mencuba Apa Yang tak Pernah Di cuba

InsyaAllah....
Aku ingin membuat sesuatu yang xpernah di buat orang lain..
Mungkin la....
Ini idea gila yang pernah aku cuba lakukan...
Tidak pernah mempunyai semangat ini.....

Idea ini juga disokong oleh kawan baik saya yang bernama ...
Alhamdulillah....
Lagi 2 minggu...
Idea gila itu akan keluar dari blog ini....insyaAllah...

Suka??


Kenapa aku suka akan diri dia??
Kenapa Kenapa Kenapa Kenapa
Kenapa mesti dia??
Kenapa Mesti dia??

Dia telah banyak membantu aku...
Aku tak nak perasaan itu berada di sampingku...

Adakah perasaan itu hanya mainan perasaan??
Ya Allah Ya Tuhan ku.....
Kau pisahkan la perasaan itu dari hidupku...


Aku tidak ingin perasaan itu mengganggu aku...
Aku tidak ingin perasaan itu menjatuhkan aku...
Aku tidak ingin perasaan itu membunuh aku...
Aku tidak ingin perasaan itu bermain di fikiran ku...

Ya Allah....
Masih banyak lagi yang aku perlu lakukan Ya Allah...
Aku masih lagi berbuat bakti untuk kedua Ibu Bapa ku
Ku mohon semoga Engkau dengar akan rintihan hati ku ini

Tuesday, June 28, 2011

Aku Memandang Jijik dan Hina..

Amat2 jarang aku update blog ni...
InsyaAllah...lepas ni aku akan sentiasa update blog ni/...
berkenaan tajuk diatas....
Ramai yang bising dan pelik...knp aku tetiba tukar pic profile fb aku tu dengan wanita yang memakai purdah....dengan selamba aku menjawab..." da orang lain xnk tutup aurat...aku tutup la aurat aku " ....Terkedu dan terdiam la gak mereka yang tanye.....

ok...maksud aku memandang jijik dan hina ialah kepada wanita/perempuan yang xreti nak tutup aurat dia sendiri...yela...aku betul2 memandang hina dan jijik terhadap mereka...kerana mereka kita yang xbersalah turut mengikut mereka ke neraka....sekarang korang lihat...di mana2 saja....orang sentiasa membuka aurat..kiri kanan depan belakang..sumenye buka aurat..ada yang pakai tudung..tetapi memakai seluar ketat,nampak dada,nampak pinggang.....sedangkan islam menyuruh kaum adam dan juga hawa supaya menutup aurat.....dalam surah An-Nur ayat 31 yang berbunyi :-

"Katakanlah kepada wanita yang beriman:
"Hendaklah mereka menahan pandangannya,
dan memelihara kemaluannya, dan janganlah
mereka menampakkan perhiasannya,
kecuali yang (biasa) nampak daripadanya.
Dan hendaklah mereka menutupkan kain tudung
ke dadanya, dan janganlah menampakkan perhiasannya,
kecuali kepada suami mereka, atau ayah mereka,
atau ayah suami mereka, atau putera-putera mereka,
atau putra-putra suami mereka, atau saudara-saudara
laki-laki mereka, atau putera-putera saudara
laki-laki mereka, atau putra-putra saudara perempuan
mereka, atau wanita-wanita Islam, atau budak-budak
yang mereka miliki, atau pelayan-pelayan laki-laki
yang tidak mempunyai keinginan (terhadap wanita)
atau anak-anak yang belum mengerti tentang aurat wanita.
Dan janganlah mereka memukulkan kakinya agar diketahui
perhiasan yang mereka sembunyikan. Dan bertaubatlah
kamu sekalian kepada Allah, hai orang-orang yang beriman
supaya kamu beruntung".



anda bayangkan...sehelai rambut hawa yang kaum adam lihat...bersamaan dengan 70 tahun di neraka...itu baru sehelai rambut yang di lihat....rambut yang ad di kepala xterhitung kiranya....

Sehari di akhirat bersamaan dengan 1000 tahun di dunia...itu baru sehari....satu tahun di akhirat bersamaan dengan 365000 di dunia.....itu baru setahun di akhirat...klau 70 tahun??
masyaAllah....itu baru sehelai rambut je....klau 100000 helai rambut???pandai2 la kira...

Wanita yang xtutup aurat akan menarik seberapa byk manusia yang xberdosa masuk ke dalam neraka bersama mereka..

tolong kepada wanita di luar sana...tutup la aurat seelok2nya...

Surah Al-Ahzab ayat 59
"Wahai Nabi katakanlah kepada isteri-isterimu,
anak-anak perempuanmu dan isteri-isteri
orang mukmin: "Hendaklah mereka mengulurkan
jilbabnya ke seluruh tubuh mereka".
Yang demikian itu supaya mereka lebih mudah
untuk dikenal, karana itu mereka tidak diganggu.
Dan Allah adalah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang".

Aku ni bukan la sempurna....aku seperti manusia lain yang sering melakukan dosa....tapi tidak salah jika kita sentiasa ingat mengingati antara satu sama lain...itu lebih afdal dari tidak menasihati dan mengingati antara satu sama lain....

Buang yang keruh ambik yang jernih.... :)

Selamat Beramal ~

Tuesday, June 21, 2011

Bila Sudah Bekerja

Alhamdulillah.....sudah seminggu lebih aku bekerja....
Baru seminggu bekerja....
Macam2 yang aku ingin beli...
Dalam kepala otak aku ni terfikir nak beli



Sangkar hamster seperti diatas
Aku nak beli pun sebab hamster da banyak..
Dan mereka pun da bekeluarga..
Lagi besar lagi bagos...
Tapi Harga pon Mahal gak....


Permainan Hamster
Aku nak beli pon sebab hamster aku da boring dengan permainan sekarang ni....
hahaha...
so aku kene beli baru la.... ^_^


Handphone BlackBerry Strom 9500
ni la first handphone yang aku lihat kat mudah.my .....
handphone ni gak la yang buat hati aku terbukak untuk kerja....
aura dajjal memang jahat.....


Handphone Nokia 58000
dan bila da bekerja...
otak jahat pun suruh jadi tamak...
suruh beli handphone ni sekali...
tamak betul aku ni....
Dan Xbox 360
xcukup dengan handphone 2 bijik...
otak jahat datang lagi.....
suruh beli xbox 360 ni....ayooo....

ni semua nk beli sebelom raya tahun ni....
boleh pulak aku kira2 gaji aq yang akan datang...
tolak tu tolak ni....
dpt la beli ketiga barang2 seperti di atas....

InsyaAllah...
berkat usaha aku....
aku akan dapatkan semua ni sebelom raya....
^_^