Islamic Widget

itu aki

Friday, October 22, 2010

perbezaan antara Sahabat,Kawan,Rakan dan Teman

salam...ap kabar sume.....ini adalah permintaan dari seorang sahabat sy....
sy sendiri pon tak tau perbezaan nye..tp ble permintaan seorg sahabat ini..sy gagahkan la gak tuk cari perbezaan tu...alhamdulillah...sy da jumpe disebalik maksud sahabat,kawan,rakan dan teman...
sy buat ni utk korang fikir siapakah sahabat anda,siapakah kawan anda,siapakah rakan anda dan siapakah teman anda.....

Sahabat

sahabat adalah seorang individu yg penting dalam diri sy selepas keluarga sy...mereka tiada hubungan kekeluargaan dengan sy...sahabat sy adalah org yg memberi manfaat kpd sy slepas keluarga sy...

sahabat sy adalah seorang setiakawan...sahabat seperti keluarga sy...bersama sy ketika susah dan senang..tempat untuk kita meluahkan perasaan suka dan duka selepas keluarga...sahabat sanggup berjuang demi kebaikan sy. Sahabat adalah org yang mampu menyimpan rahsia dan keaiban sy. Mereka akan sentiasa melindungi sy seperti keluarga sy melindungi sy...

mereka tdk semestinya mempunyai minat yg sama dgn sy...mereka sentiasa ad jika sy memerlukan mereka...sahabat akan membuat sy begitu selamat ketika bersama mereka sbb mereka adalah org yg setiakawan..Sahabat adalah org2 yang sangat menyayangi sy...

sahabat kadangkala adalah pelindung sy,penyelamat sy dan pemberi semangat kepada sy slepas keluarga sy.....


Kawan

Kawan sy ialah seorang yang boleh berkongsi lebih dari satu perkara seperti minat, hobi, perasaan, perjuangan dan sebagainya biarpun bukan dari organisasi yang sama. Kawan ialah orang yang selalu berinteraksi dengan saya dan saya mengenali beberapa fakta peribadi mengenai dirinya.

Kami selalu memiliki masa untuk bersama, bergembira, berseronok dan sebagainya. Kawan biasanya terjadi apabila seseorang itu menemui individu yang lain, yang memiliki persamaan seperti hobi, minat, sikap, tabiat dan pemikiran yang sama dengan dirinya. Sy selalunya berasa seronok dan terhibur apabila bersama-sama kawan saya.

Kawan mungkin boleh berkongsi kesedihan dan kegembiraan, tetapi mereka selalunya tidak akan pergi lebih jauh daripada itu. Malah, sekiranya tidak sependapat, hubungan kawan mungkin boleh terputus.


Rakan

Rakan sy ialah perantaraan antara kawan daan kenalan. Rakan ialah orang yang berkongsi minat, kerjaya, hobi, permainan, guru, kelas, matlamat dan sebagainya dalam satu organisasi atau kumpulan seperti persatuan, kelab, syarikat, pertubuhan dan sebagainya. Contohnya, sy ada rakan satu tingkatan, rakan satu sekolah, rakan satu kelab dan sebagainya.

Rakan biasanya orang yang boleh mewujudkan kerjasama. Contohnya sy boleh belajar bersama-sama dengan rakan sekelas sy, sy boleh membuat tugasan berkumpulan bersama-sama rakan satu tingkatan sy, sy bekerjasama dengan rakan-rakan sepasukan untuk menewaskan pihak lawan dalam pertandingan bola sepak, sy dan rakan-rakan sekerja mengadakan mesyuarat untuk syarikat kami dan sebagainya.

Ada rakan yang rapat, ada pula rakan yang boleh dianggap sebagai sahabat, ada pula rakan yang boleh dianggap sebagai kawan, dan ada pula rakan yang hanya boleh dianggap sebagai kenalan.

Teman


Teman sy mungkin wujud sebagai rakan. Contohnya rakan chatting, rakan internet dan rakan blogger. Apabila sy mengenali seseorang itu dalam bentuk atau identiti tertentu, maka dia adalah kenalan. Kenalan sy adalah orang yang pernah berinteraksi dengan sy tetapi sy tidak dapat mengesahkan identiti atau kewujudannya sebenar. Sy perlu berwaspada dengan kenalan-kenalan internet sy kerana, di luar alam siber, mereka tidak semestinya orang yang sama seperti yang sy pernah kenal di internet.

Kenalan sy boleh meluahkan perasaan mereka, masalah mereka kepada sy menerusi ruangan komen, e-mel dan kemudahan-kemudahan interaksi yang lain di internet, tetapi tidak 100% boleh dipercayai. Kenalan kadangkala wujud sebagai satu hiburan, tetapi kadangkala tidak mustahil mereka boleh memberi kebaikan kepada sy menerusi perkongsian pendapat, idea dan penyelesaian masalah.



jd..itulah perbezaan antara sahabat,kawan,rakan dan teman...anda yg tentukan siapa sahabat anda....selamat beramal semua.... :)

2 comments:

  1. ya akhi...
    perkongsian yang menarik...
    tapi ukhwah ini terbina atas dasar kejujuran...
    syukran...:))

    ReplyDelete