Islamic Widget

itu aki

Saturday, September 25, 2010

Kerana Cinta Aku Kecundang


Fitrah manusia yang ingin mengenali cinta...
aq ingin mengisahkan sebuah cerita...
seorang hamba Allah...

Kerana cinta..lelaki ini menderita sampai sekarang..
tanpa pengetahuan rakan2nya..lelaki ini menderita kerana cinta..

alkisah...

lelaki ini tidaklah sekacak Nabi Yusuf,tidaklah sekaya Nabi Sulaiman...
seringkali dia berdoa kepada Allah supaya dia dapat menikmati perasaan cinta kepada manusia,setiap hari dia berdoa supaya dia bertemu dengan cintanya...

sewaktu dia meningkat remaja...pada usianya yg mencecah 13 tahun,dia cuba memikat seorang budak perempuan,tetapi hampa...dia tidak berputus asa untuk mencari cinta,dia mencuba lagi,akhirnya dia dapat juga mengenali serorang budak perempuan..budak perempuan itu dapat memikat hati lelaki ini...akhirnye..impian lelaki itu tercapai...setahun selepas mereka berkenalan akhirnya mereka bercinta..lelaki itu berasa begitu bahagia kerana dapat menikmati perasaan itu...

4 bulan mereka menikmati perasaan itu,mereka berjanji bermacam-macam...akan hidup semati,takkan curang,tetapi..janji hanya tinggal janji..akhirnya mereka berpisah kerana budak perempuan itu mengkhianati cinta lelaki itu...lelaki itu sedih..dia menyalahkan allah...tetapi...allah masih sayangkan lelaki ini...

pada tahun 2007..sekali lagi dia bertemu dengan cintanya...tetapi..lelaki ini berhati-hati dalam percintaannya kali ini...pada masa inilah dia berubah...dia mula mendekati diri kepada Allah...tetapi...percintaan mereka hanya bertahan selama sebulan...kerana perkara yang sama..iaitu perempuan itu mempunyai lelaki lain...
lelaki ini masih lagi bertahan..dia sentiasa mengingati Allah....

selepas kejadian itu...dia tidak pernah lagi untuk mencari cinta meskipun hatinya meronta2 untuk memiliki cinta sesama manusia..dia hanya menumpukan cintanya kepada Allah...pada suatu hari...kawannya mengajak dia untuk menonton cerita AYAT AYAT CINTA..lelaki ini memperlekehkan cerita ini..tetapi..selepas dia menonton..dia mendiamkan diri...rakan-rakanya perasan akan perubahan dirinya itu...

pada keesokan harinya..rakannya bertanya kenapa dia berdiam diri selepas menonton cerita itu...dia berkata "aku begitu kagum dengan watak fahri kerana dia seroang yang begitu tabah apabila menghadapi dugaan iaitu CINTA...aku ingin jadi seperti dia"...
kwn2nya begitu terkejot akan kata2 dia..

lelaki itu berazam bahawa dia ingin melanjutkan pelajaran di Universiti of Al-azhar di mesir...dan dia juga akan berazam untuk tidak mengenali cinta lagi selain dari Allah....

tapi apakan daya...syaitan sentiasa menghasut dia...akhirnya dia jatuh cinta lagi...tetapi...cintanya itu tidak di balas...sekali lg dia kecewa kerana cinta...
dia begitu sedih akan nasib dirinya...tetapi dengan berkat doa diiringi dengan semangat dari rakan2nya...dia dpt mengatasi mslh itu....

sekali lagi dia membunuh janjinya..pada akhir tahun 2009...dia jatuh cinta lg dengan manusia...dalam percintaan ini lah yang mengajar dia supaya bersifat sabar,jujur...dia terlalu banyak bekorban untuk cinta nya...akhirnya membawa padah pada dirinya... perempuan itu terus meninggalkan lelaki itu dalam keadaan yg terkontang-kanting...

Allah masih sayangkan budak lelaki itu...Allah menghantar bantuan berupa kawan..kawan2nya lah yang banyak membantu dia untuk melupakan budak perempuan itu...

Lelaki itu adalah AKU...ye AKU..AKU sentiasa kecewa kerana cinta...tetapi...cinta Kepada ALLAH dan Rasul tidak akan kita merasai penderitaan...sebaliknya kita kan dapat menikmati dalam kebahagiaan dalam hidup kita...
jangan la jadi cam AKU...kerana AKU xnk org lain merasai apa yang AKU rasa selama ini...

InsyaAllah...impian aku ingin ke mesir untuk melanjutkan pelajaran ku di situ akan tercapai satu hari nanti....amin

di suatu saat nanti...kita akan mendapat cinta yang sejati dari Allah...

Jadikan hari yang lepas sebagai pengajaran juga jadikan pada hari ini sebagai ujian supaya hari yang akan datang akan menjadi lebih bermakna untuk kita....

Selamat Beramal ~

1 comment:

  1. salam ziarah.....
    nice story....nice blog...n nice song to....
    jadikan ini sebgi sbhgian pglam hidup yg m'gajar erti CINTA HAKIKI....

    ~Slamat B'mujahadah ya akhi~

    ReplyDelete