Islamic Widget

itu aki

Wednesday, December 15, 2010

Untuk Sahabat Yang Tersayang


Aku mula mengenal akan diri mu semasa aku memasuki darjah 2...
kita menjadi begitu akrab pada masa tu.....di mana ada kau...di situ ada aku...

Semasa darjah 3...aku masih lagi menjadi rakan karib mu.......hari-hari aku bertemu dengan kau..
jatuh bangun aku...kau tetap bersama aku....

Sewaktu umurku mencecah 10 tahun....hubungan kita mula renggang...
tidak seperti dahulu...kemana saja kau berada..aku akan berada di samping kau....

Darjah 5...adalah tahun hitam bagi hidup ku..kerana aku membuat hal pada tahun itu..
tetapi...kau tetap menerima aku sebagai sahabat kau....

Darjah 6...kita 1 kelas sekali lagi...engkau masih tetap menjadi sahabat karib ku..susah senangku ketika itu..kau masih bersama aku...menyedarkan aku bahawa aku tidak keseorangan...

Masuk tingkatan 1.....aku kesunyian....kerana engkau pergi ke kelas lain...dan aku ke kelas lain....
tetapi itu tidak mematahkan semangat aku untuk terus menjadi sahabat kau walaupun ketika itu aku kesunyian.....di waktu itu la aku mengenali rakan karib ku yang baru iaitu Mohamad Azizi bin Aris dan Abdul HAfidz Othman...mereka la yang telah menyerikan hidupku sebagai seorang kawan....

Tingkatan 2.....aku bergaduh dengan Mohamad Azizi....tetapi kau dengan Abdul Hafidz cuba sedaya upaya untuk memperbaiki hubungan kami..walaupun gagal...tetapi kau dan Abdul Hafiz tidak pernah berputus asa untuk memperbaiki hubungan aku dengan Mohamad Azizi...itu la di katakan PERSAHABATAN

Tingkatan 3.....aku tidak lagi bersama dengan kau sahabat...sebaliknya aku bersama Abdul hafiz...ya...Abdul Hafiz telah cuba sedaya upaya untuk memulihkan hubungan aku..tetapi gagal..kerana aku dengan Mohamad Azizi ingin menunjukkan kehebatan dan ke egoan masing-masing...terima kasih Abdul Hafidz kerana menjadi sahabat karib aku ketika itu...tetapi kau masih sahabat ku...... :)

Masuk Tingkatan 4....Abdul Hafidz keluar meninggalkan aku....aku terkontang-kanting ketika itu..kerana sahabat karib ku iaitu Abdul sudah meninggalkan sekolah itu....aku hanya bersama engkau dan juga Azizi....alhamdulillah..berkat 1 majlis..pada tahun itu hubungan aku dengan Azizi semakin rapat....Terima kasih Ya Allah...kerana kau memberi kesabaran kepada ku dan sahabat ku itu....

Tingkatan 5...walaupun Abdul Hafidz berpindah sekolah...tetapi hubungan kami berempat sebagai sahabat tidak pernah putus...setiap mnggu..kami akan bersama-sama untuk bermain badminton...walaupun Abdul sudah pindah sekolah...tetapi hubungan kami sebagai tidak pernah terputus...terima kasih sekali lagi kepada sahabat ku...

tahun 2010....setelah mendapat keputusan exam spm....kami masih lagi bersama....walaupun kami berjauhan...kerana Abdul Hafidz belajar di Kedah...Mohamad Azizi belajar di Terengganu...manakala sahabat ku belajar di Perak....tetapi....

Pada Akhir tahun ni...sahabat ku itu akan pindah ke kajang.. :'( aku terasa begitu kehilangan..kehilangan yang begitu besar..kerana kami sudah bersama-sama di waktu sudah dan senang..kami tetap bersama...aku tak nak kehilangan kau sahabat...aku tak nak....aku tak nak....kerana aku takut persahabatan antara aku,kau,Abdul dan Azizi akan terputus...aku tak nak sahabat...kerana kau dah banyak membantu aku.....kerana kau sentiasa membantu aku dan rakan-rakan yang lain....kerana kau sentiasa menceriakan suasana ketika kita bersama-sama..bermain badminton bersama-sama....lepak bersama-sama...tp selepas ni....boleh ke kita lepak seperti dahulu sahabat???

Aku mengharapkan perhubungan kita berempat ini takkan terputus walaupun kau sudah pindah....insyaAllah sahabat.....aku Redha jika ini Ketentuan Allah terhadap kita Berempat....

Sahabat..entry ini aku buat khas untuk kau....kau yang bernama Muhammad Syafiq Abdullah...baca la sahabat..kerana kau sahabat yang aku paling sayang sekali.... :(

No comments:

Post a Comment