Islamic Widget

itu aki

Sunday, February 6, 2011

Nama Muhammad Tersebar Di Dalam Kerajaan Langit

Kalau kita rajin baca kitab2 agama,maka kita akan temui banyak kisah mengenai para Nabi......
Cerita itu tidak ditulis oleh para Ulama tempatan tetapi Ulama di Mekah yang menukilankan mengenai perkara ini....

Misalnya ada sebuah kitab yang menerangkan bab : " Hubungan alam dengan nama Muhammad S.A.W " di dalam kitab tersebut di nukilankan begini:

" Diantara kelebihan yang dikurniakan oleh Allah S.W.T kepada Nabi Muhammad S.A.W sebagaimana diriwayatkan di dalam athar ialah tersebarnya nama Muhammad S.A.W dalam Kerajaan Langit.....

" Berkata Ka'ab al-Ahbar: " Sesungguhnya Allah menurunkan kepada Adam A.S tongkat2 sebanyak bilangan para nabi dan rasul. Kemudian dia menghadap kepada anaknya,Syith A.S lalu bersabda:

" Wahai anakku! Engkau adalah penggantiku setelah ketiadaanku. Maka Ambillah ia dengan ketakwaan dan ikatan yang kukuh. Setiap engkau menyebut nama Allah, maka hendaklah engkau menyebut disampingnya nama Muhammad S.A.W kerana aku melihat nama Baginda S.A.W tertulis di kaki Arasy....

" Ketika itu aku berada di dalam proses didalam kejadian ku antara roh dan tanah. Kemudian aku tawaf tujuh petala langit, maka aku tidak melihat di tujuh tingkatan langit itu suatu tempat yang melainkan nama Muhammad S.A.W tertulis di atasnya......

" Sesungguhnya Tuhanku telah mendudukkan aku di dalam syurga, maka aku tidak melihat pada istana2 dan bilik2 di dalam syurga melainkan nama Muhammad S.A.W tertulis di atasnya.....

" Sesungguhnya aku juga telah melihat nama Muhammad S.A.W tertulis diatas dada bidadari2, daun pokok beruas rimba syurga, daun pokok tuba, daun Sidratul Muntaha, hujung2 tabir diantara mata2 Malaikat.......

" Maka hendaklah engkau sentiasa menyebut namanya kerana para Malaikat menyebutnya pada setiap saat. "[Al-Mawahib al-Ladunniyyah]

Pengarang kitab berkata : " Sesungguhnya Ibnu Taimiyyah telah menyebut khabar seperti ini, katanya : " Telah diriwayatkan bahawa Allah S.W.T telah menulis nama Baginda S.A.W di atas Arasy dan di pintu2 kubah2 dan daun2 syurga.....

" Berhubung dengan perkara itu, diriwayatkan juga beberapa athar yang bersamaan dengan hadis-hadis ini, yang menerangkan tentang ketinggian nama Baginda S.A.W dan ketinggian sebutannya ketika itu......

" Di dalam Riwayat Ibnu al-Jauzi daripada Misarah R.A berkata : " Aku berkata : " Wahai Rasulullah! Bilakah Tuan menjadi Nabi? Jawabnya :

" Setelah terjadinya bumi, kemudian Dia menuju dengan kehendaknya kearah (bahan-bahan) langit, lalu diciptakan tujuh langit dan menjadikan Arasy, ditulis dikaki Arasy : "Muhammad Rasulullah penutup segala Nabi ", dan Allah menjadikan syurga yang diduduki oleh Adam A.S dan Hawa A.S .

" Maka Allah menulis namaku di atas pintu2, di daun2, kubah2 dan khemah2 syurga. Ketika itu Adam A.S berada didalam proses kejadiannya diantara roh dan jasad....

" Maka taktala Allah menghidupkannya, dia melihat kepada Arasy, maka dia melihat namaku dan Allah mengkhabarkan kepadanya bahawa dialah penghulu kepada anak-anakmu......

" Ketika syaitan telah memperdayakan mereka berdua, masing masing bertaubat dan memohon syafaat dengan namaku kepadaNya". - Al-Fatawa

Bahan ini dinukilkan dari kitab karya ulama besar Al-Allamah Al-Muhaddith Prof. Dr. Sayyid Muhammad Ibn Alawi Al-Malik Al-Makki Al-Hasani R.A .

Semoga Allah Mencucuri Rahman keatas Rohnya...amin......

No comments:

Post a Comment