Islamic Widget

itu aki

Sunday, February 20, 2011

Sifat2 Rasulullah

Rasulullah adlah seorg pemimpin yang agung....

Rasulullah adalah idola bukan artis....

Rasulullah S.A.W adalah insan yang:-
  • Paling penyabar,paling berani,paling adil dan paling menjaga diri.
  • Tiada sekali-kali tangan baginda menyentuh tangan wanita yang tidak dimilikinya selaku sahaya atau ikatan perkahwinan atau wanita itu muhrimnya.
  • Mengasihi umat dan menyayangi ahli bait dan sahabatnya.
  • Adalah baginda manusia yang pemurah hati,suka bersedekah apa yang ada pada dirinya,makanannya hanya tamar dan syair.Selebihnya adalah untuk fisabilillah
  • Menampal sandalnya(seliparnya) dengan kainnya dan mengurus kepentingan keluarga.
  • Sangat pemalu-tidak tetap pandangannya pada muka seseorang.
  • Suka memperkenankan undangan sahaya dan orang merdeka.
  • Menerima hadiah walaupun seteguk air/sepaha arnab dan membalas hadiah berkenaan.
  • Tidak memakan harta sedekah.
  • Tidak sombong
  • Memarahi dan melaksanakan kewajipan atas dasar kebenaran.
  • Tidak pernah meminta pertolongan orang musrik.
  • Suka berpuasa-mengikat batu pada perutnya apabila lapar-jika makan tidak pernah kenyang.
  • Paling beradap dalam makan-Antaranya-makan tanpa bersandar dan tanpa meja-saputangannya adalah kedua tapak kaki.
  • Lebih mengutamakan diri orang lain daripada diri baginda sendiri.
  • Tawaddak dan tenang.
  • Tidak terganggu dengan urusan dunia.
  • Menyukai jubah bulu/syamlah.
  • Bercincin perak di jari manis kanan dan kiri.
  • Mengunjungi orang sakit
  • Berkenderaan keldai dan unta
  • Menyukai bau-bauan
  • Duduk dan makan bersama orang miskin
  • Berbuat baik dengan kaum bangsawan.
  • Memuliakan orang yang berakhlak
  • Bergurau/tersenyum dan tidak mengatakan kecuali yang bena
  • Tidak takut pada raja kerana kerajaannya
  • Ummi dan hafiz/paling fasih/merdu bacaan Al-Qur'an/Lughah Arab.
  • Tidak pernah mencaci,memaki hamun , mengutuk , memfitnah , mengumpat , menganiaya ,hasad dengki, tamak haloba dan lain-lain.
  • Tidak memukul kecuali di jalan Allah SWT,Tidak berdendam,Tidak memutuskan silaturrahim.
  • Paling kuat ibadatnya,paling berilmu/arif,paling banyak taubat dan syukurnya dan lain-lain .
  • Memuliakan tetamu dan jiran tetangga.
  • Berkinayah/berdiam diri dengan tampak tanda tidak disukainya(makruh contohnya)
  • Pembela wanita
  • Suka menasihati
Dan banyak Lagi.............


Banyakkanlah berselawat keatasnya...semoga kita semua dikenali oleh Baginda Rasulullah S.A.W.......

No comments:

Post a Comment