Islamic Widget

itu aki

Tuesday, August 2, 2011

Aku Bersyukur

Aih...Ramadhan bertandang lagi...
Aku bersyukur kepada Allah kerana memakbulkan doa ku tahun lepas...
Aku berdoa agar dapat dipertemukan dengan Ramadhan kali ni...
Alhamdulillah...
Aku masih lagi sempat untuk menghadapi Bulan Ramadhan yang penuh dengan Berkah ini...
Maksud bersyukur ialah memberi pujian kepada Allah...
Selepas kita menerima berita atau perkara yang baik atau benda yang baik...
Wajib lah kita untuk berterima kasih kepada Allah melalui sujud syukur,bertasbih,membaca Al-Quran dan sebagainya...

Allah begitu sayang akan hambanya yang selalu bersyukur diatas nikmat yang Allah berikan walaupun nikmat itu tidak la seberapa...
Contohnya meminta kepada Allah supaya dipanjangkan usia kedua ibubapa kita...
Ia adalah satu nikmat kepada kita...
Sepatutnya kita harus bersyukur kerana Allah tidak menarik nikmat itu...
Cuba korang bayangkan...
Jika Allah tarik salah satu nikmat dari hidup kita..
Contohnya Allah tarik nikmat dari salah satu Anggota badan kita...
Ya Allah...
Aku xdapat nk bayangkan jika Allah tarik nikmat tu dari hidup ku...
Mungkin tidak seceria dengan orang lain...


Sebab itulah Allah menyuruh kita sentiasa bersyukur kepadaNya...
Kalau anda berjalan di mana-mana...
Dan ternampak orang yang tidak sempurna dari segi Anggota badan...
Jangan berbangga didepan mereka bahawa anda cukup sifat anggota badan...
Anda akan dikira riak disisi Allah...
Sebagai Hamba Allah
Maka wajiblah untuk kita membantu mereka dari segi wang...
Jika tidak mampu dari segi wang...
Maka berdoalah untuk dia di dunia mahupun di akhirat...
Itu bagi yang Islam la...
Kalau yang bukan Islam...
Berdoalah untuk didunia dan mendapat petunjuk dari Ilahi...
InsyaAllah...
Mane la tau kalau doa korang termakbul...
Dapat pahala percuma...
Free je...
Hanya dengan Berdoa...
Apa apa pun boleh dapat...
Doakan senjata orang mukmin....


Sampai disini sahaja la kali ni...
InsyaAllah..
Jika dikehendaki oleh Allah...
Akan ku coretkan kat dalam blog ni...
Salam Ukhwah dari sy...

^_^


No comments:

Post a Comment