Islamic Widget

itu aki

Saturday, August 6, 2011

Fadilat Solat Terawih

Ok....mungkin ramai yang tau dan xtau psl ni....

Aku just nk menulis perkara ni....

Xperlulah aku nk terangkan maksud terawih...tanya la Pakcik GOOGLE...

Sumenya ada kat situ...

Kat bawah ni aku terang secara fakta dan ilmiah je....selamat membaca

Perhatikan hadis di bawah ini :-

Rasulullah S.A.W. sangat menggalakkan sembahyang Trawih. Abu Hurairah berkata; “Rasulullah S.A.W. sangat menggalakkan sembahyang tarawih sekali pun beliau tidak mewajibkannya.” Beliau bersabda: “Sesiapa yang mengerjakan Qiyamu Ramadan semata-mata kerana iman dan mengharap ganjaran dari Allah, maka diampuni dosa-dosanya yang lampau.” Qiyamu Ramadan ialah menghidupkan malamnya dengan mengerjakan sembahyang.

Aisyah r.a. berkata; “Rasulullah s.a.w mengerjakan sembahyang terawih di masjid, kemudian ramai sahabat-sahabat yang mengikutnya. Pada malam berikutnya baginda S.A.W. mengerjakannya lagi di masjid, sahabat-sahabat yang datang pun semakin ramai. Pada malam ketiga sahabat-sahabat berkumpul di masjd menunggu kedatangan Rasulullah S.A.W. tetapi beliau tidak hadir. Besok paginya Rasulullah berkata kepada mereka; “Sesungguhnya aku melihat sambutan kamu. Sebenarnya aku tidak datang pada malam itu hanya kerana takut sembahyang itu diwajibkan ke atas kamu.” Dan peristiwa itu terjadi pada bulan Ramadan.

Hukum Solat Terawih ialah sunat muaakat. Dikerjakan oleh orang-orang Islam lelaki dan perempuan pada tiap-tiap malam bulan Ramadan sama ada secara berseorangan atau berjemaah. Sembahyang terawih lebih afdal dikerjakan secara berjemaah di masjid, sebagaimana yang telah dilakukan oleh Rasulullah S.A.W.

Pada zaman Rasulullah S.A.W., sembahyang Terawih dikerjakan sebanyak 8 rakaat saja supaya tidak menimbulkan sesuatu keberatan. Rasulullah S.A.W. juga tidak memberatkan solat ini ditunaikan di masjid kerana tidak mahukan sahabat berfikiran solat ini solat yang wajib. Pada zaman Khalifah Umar bin Al-Khattab pula beliau menambah lagi menjadikan 20 rakaat kerana beliau berpendapat bahawa orang-orang Islam pada zamannya itu tidak keberatan lagi menunaikan sembahyang sebanyak itu.


Ok semua da diterangkan...kenapa aku cakap lebih afdal jika dilakukan berjemaah....

mengikut fakta sains...solat terawih berjemaah adalah lebih elok sebab disiang hari kita

berpuasa...banyak pakai tenaga...disini...


Sebab itu kita digalakkan untuk solat berjemaah di Masjid/Surau...

insyaAllah Anda takkan rugi punya la...


anda dapat pahala dan juga tenaga yang percuma dengan mudah sekali...

Kalau korang lihat orang alim....

diorang dilihat cool je....

muka tak nampak letih...relax je...

kalau kita plak....

letih je memanjang...lepas tu dalam kepala...

asyik ingat air/makanan...aih...

boleh terbatal puasa dengan macam tu...xpasal2 je kan...

sampai disini sahaja la...

selamat beramal semua... :)

No comments:

Post a Comment